Wednesday, May 20, 2009

geli-geli :jangan pilih jalan hitam

pra entry:kami budak baik

semenjak due menjak neh,ramai yang bertanyekan aku dengan soalan-soalan tak tercapai akalku di ym mahupon secare terus .soklan-soklan berbentuk jawabla-kalau-bran seperti
"geli2 tuh mende neng"
"apsal terma geli2 banyak ngat dalam karangan bebas kamu neng"
"sape otaimer dalam bidang geli2 neh neng"
"aku dah mintak tolong uncle google tapi cam takde jek, ape eh geli2 neng?"

selalu sangat mengancam ketenteraman sanubari aku sampai aku pon tak berape bleh nak jawap (bleh je jawap tapi aku sebok tgk wonder girl,kamu sebok apehal) .Aku rase ini sume sebab mereke membace pendedahan eksklusif en.farouk dalam entry ulasan sukannye yang dipablishkan tak berapa nak lame dulu lah .Tak pasal -pasal sume orang nak amek tau ape pulak kate akronim geli-geli, walhal dulu sume nak cakap bahasa perancis je huh!Oleh itu aku pon buat la entry ini untuk mengisi mase lapang aku yang mempunyai 6 repot nak kene setelkan neh .Busutlah senseh!


Ape itu geli2 ? kenape mesti geli2 ? sape pengasas geli2? geli2 dengan biri2 same ke? takpe kali neh biar aku bantu kamu untuk menyelesaikan permasalahan dunia ini ya.geli2 boleh dibahagikan kepada due bahagian: negatif dan negatif suam-suam(negatif la jugak maksudnye).Bagi maksud negatif,dalam bahasa farid kamilnye , geli2 bermaksud melakukan adengan menghairahkan atau ringan 2 dengan aweks/gadis/cikaro/jambu senang cakap bukan binik korangla tanpa memikirkan dosapahala .Itu satu hal, tutop kes.JANGAN LAKUKAN PERKARA TERSEBUT WALAUPON DENGAN PENGAWASAN ORANG DEWASA,dose doo. Geli2 yang perlu kamu fokus ialah terma yang selalu aku gunekan yang membawa maksud perkara/perbuatan yang memang lansung tak kacip dengan orang yang melakukannye atau dengan kata lain kenkadang tgk suke la gak kenkadang tgk menyampah .Contoh terbaik macam "muke macho dah tapi pakai baju pagoda dengan topi jerami pegi disneyland".itu satu contoh tegarla kan .Contoh-contoh lain seperti joging pagi-pagi dengan harapan nak mengayat aweks pusat pengajian Islam varsiti atau memakai seluar dockers jalur-jalur pegi makan kat gerai mamak tapi terkena sirap pekat atau pakai motor honda cup kepala bulat takde starter juga boleh dikatakan antara definisi geli2 tahap tinggi.Bukan bermakna geli-geli itu jahat ,ia lebih kepada mengade ngade tahap tinggi.Kadanag -kadang kalau kamu cube membuat muke comel walhal kamu tak comel pon boleh dikatekan aksi geli-geli.Untuk mudah anda bayangkan ,anda bayangkan melvingan memakai baju ketat pink.apsal aku pakai anda pulak neh,busut.


boleh membayangkan kami memeluk melbin berbaju pink dan ketat di tengah itu?

Dikatakan penggunaan perkataan geli2 secara meluas bermula sekitar pertengahan tahun 2005/2006 di mana pengasasnya en.ijatgeli berjaya menunjukkan bakatnya untuk bergeli secara solo ketika itu .Bakatnya mula dikesan oleh rakan-rakan seperjuangan beliau setelah beliau seringkali berjaya membuat aksi2 gua-tumbuk-lu-kang dalam apa jua keadaan dan keputusannya seperti biasa, mengagumkan. Seringkali teman sekatil sebilik beliau, en.matnget menjadi mangsa lantaran aksi negatif .Beliau juga berjaya merekrut beberapa ahli kelab geli-tegar seperti padoripopo,melvinganBAH, apaihalimi,keiritensai dan rezashapel di mana ahli-ahli geli ini mampu membuat aksi geli tahap lampau dalam apa jua situasi terutama ketika bergambar (leading score:padoripopo).Beberapa temuramah telah diadakan untuk mendapatkan definisi geli secara lebih terperinci dan berikut adelah hasil temubual yang telah didapati

"geli2 tu macam aerodinamik dan litar elektromagnetik la jugak,susah nak tafsir ,mungkin archimedes ade jawapan, mungkin juge tidak,ini yang kite tak tahu " -mattop, pelajar "pulun" tokyotech.

"susah nak jawap ni,tapi tak geli geli maji tak fun la,saye suke neslo ais,maji funn " -mahfuzah shaharudin,wanita bekerjaya.

"geli2? taktau tapi saye minat tgk drama korea " -athirah saufee, peminat tegar lelaki-lelaki comel korea

"geli2?eh ntah. ade nasik lebih tak? - fani,pelajar jurusan civil,kumamoto university

"geli2? ijat boleh aa ijat pandai " - apai, pelajar terbaik keseluruh kawasan sendai,kawan baik samu.

"geli2? aku ade bantal berbentuk tahi ,kire geli tak?" -ijatlela,peminat iphone

"geli-geli ?lek aa paii" kuyunasri,pelajar kursus perkahwinan,yokohama universiti


aksi geli-geli tahap tinggi, model ini berbayar

macam tuhla komen yang aku terime setelah temuramah bebas dilakukan.Rate-rate berpendapat sikap geli-geli ini boleh membawa kepada keburukan dan kadangkale kebaikan.dikatakan punca berlakunya geli-geli ini kerana kurangnya bersenam dan tabeat makan nasik tak bace bismillah dikalangan remaja masakini.Menurut jurulatih senaman shapel-en.rezashapel, shapel bukan geli-geli ianya trend untuk mereka yang tegar bermain facebook dan melakukan komen-komen photo yang bernas. Kebanyakan anak muda yang berjangkit ketika ini menggelarkan diri mereka sebagai neo-geli tetapi seperti biasa , mereka belum cukup jaguh nak bertanding dengan ijatgeligeli (name pon dah geli-geli ,title tuh doo).
dikatakan simptom wabak geli ini boleh dikesan jike kamu ade niat nak mengambil gambar secare rencat ketika ingin bergambar atau kaki tanagn tak reti dok diam ketika bergambar sambil muke memikirkan gaye paling cacat kamu boleh buat.Kamu ade simptom ini? tak mengapa ia hanya sementara.tidak mendatangkan maut .


antare aksi-aksi anak muda yang mudah terpengaruh


kebanyakan orang salah anggap aksi geli, aksi macho dan separuh geli adelah berlainan .salah tuh ,same je sebenarnye.Ramai juge yang berpendapat semua orang mampu melakukan aksi geli-geli dengan berkesan dan padu . Salah tuh jep, tak semua ade bakat menggeli.Sama ada kamu mempunyai bakat semulajadi atau latihan secara gigih dan berterusan sahaja mampu membuatkan anda pelaku geli yang hebat.Ambil contoh seperti gambar di atas. Padoripopo mengikuti kursus geli secara intensif selama dua tahun dengan en.ijatgeli sebelum boleh melakukan aksi sebegitu .hasilnya memuaskan bukan?Apa pulak maksud berkesan disini? berkesan di sini bermaksud perlakuan kamu itu mampu mendatangkan rase "nak masukkan kaki je dalam mulutkamulah " kepada si pemerhari tadi atau skurang-kurangnyapemerhati meluahkan perkataan "busut aaa ijat, geli-geli syial " (baca dalam nada dering matmin nage) setelah melihat aksi aksi yang dilakukan kamu itu .Di sini kita boleh lihat di bahawa rata-rata aksi memukau ini hanya boleh dilakukan jika kamu ade keyakinan tinggi dan latihan yang kerap.Lihat aksi di bawah

antara kombinasi terbaik yang dilakukan secara duo oleh penggeli bebas


macho atau geli-geli ,perkara ini masih dalam perbincangan

berdasarkan segala hujah di atas , aku rase kamu dah mungkin mampu memberikan definasi sendiri untuk geli-geli .Di bawah ade banyak lagi adengan geli-geli yang berjaya dirakam sebagai bukti bahawa wabak ini berjangkit dan sukar diubati.Fikirkanlah waktu ini di mana anak-anak anda berada.family first.


ade sape sape rase nak pukul keiri?


geli dalam apa jua keadaan

tarian geli-geli peringkat sederhana

"segeli-geli mane pon korang, kite tetap membe sampai mati"
kredit: en.ijat,en.matnget,en.matmin,en.fadlilhafeez,en.kuyumessi,en.ahmadfarouk,
en.apai,en.keiritensai,ganjet,ajimtoughlajugak,
en.rezashapel.en.mattop,cikmahfuzah,
puan ijatlela,puan athirah,en.fani,puan e.



p/s: kamu,kamu kalau saye geli-geli (bukan kalau, memang dah geli pon), takpe ke eh?tak kesah ke? whahhaaha



Tuesday, May 5, 2009

cuti di daerah terowong - laporan minggu emas

rombongan cik kiah ke sukaneka matahari terbit

Kalau kamu cuti kamu buat ape biasenye? skodeng makcik janda sebelah rumah kamu ? berlatih equestarian dengan ketua kampung? polo air bersama anak jira kamu ?Atau sekadar bermain Mybrute dengan semut ?Kami tak into sangat dengan bende-bende picisan sebegitu. Selaku pelajar jepun yang menjadi kegilaan gadis2 di seluruh asia malaya , kami lebih kacip jika memperagakan kehebatan kami shuffle menggelecek bola sambil kejang-kejang otot di bawah terik mentari di sekitar daerah jepun.Kali ini hale tuju ialah hiroshima-ken, sebuah daerah membangun yang kadar terowongnya mampu membuatkan rasa sumpah-gua-tak-drive -kat sini-lagi timbul dalam diri kamu tanpa paksaan.Kadar tumbuh-tumbuhan yang lebih banyak dari bangunan-bangunan kaca suda cukup menggambarkan pembangunan sedang pesat membangun di sekitar kawasan ini. Bak kate orang hijau merimbun segarlah.

kekurangan makanan boleh menyebabkan nafsu karnivor manusia meningkat.Rusa segar sesiapa?


memang menjadi masalah jika anda tidak mempunyai berat badan mencukupi di kawasan hiroshima. angin kencang-ditiup angin la jep!

Perjalanan ke hiroshima dimulakan dengan babak kejar-mengejar odyssey dan estima yang nampak berat sebelah kerana dikatakan estima mempunyai kelebihan ETC-pemanduan murah di lebuhraya yang diangap sebagai salah satu faktor utama kenapa odyssey di`sayur` kan kemas oleh estima.Hasilnya estima sampai dahulu ke destinasi dengan kelebihan berbaki beberapa saat di hadapan. "Kami tak kesah pon" ujar saudara aisa selaku pemilik bersama kenderaan odyssey (mukenye bewarna pelangi ketika ini).Seperti yang dijangkakan hiroshima tidak banyak bezanya dengan kumamoto,bak kate pepatah lama "ek eleh hiroshima guraii" .Beberapa ahli rombongan sudah meronta-ronta mahu pulang kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa hiroshima bukannya gah seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak media di layar-layar lebar. Hasil pujukan nasi lemak dan rendang ayam sedap oleh syarikat pengangkutan oyabun, ahli rombongan dapat bertenang dan keadaan menjadi lebih terkawal.Masing2 seolah terpukau dengan adunan sebati itu.Perjalan diteruskan ke tapak pengeboman hiroshima yang mana kamu pernah belajar mase tingkatan 4 dahulu . En neng yang sememangnya tidak berape nak kacip dengan mata pelajaran sejarah buat endah tak endah je di kawasan terbabit tatkala org ramai sebuk menggunakan lensa kamera masing-masing membuat posing paling maut pernah digunakan ." gua memang tak into sangat dengan benda-benda cam gini " ujar beliau dengan muka lu-tanya-lagik-gua-tumbuk. Hasil lawatan 1 hari tiada malam itu itu menguatkan dakwaan bahawa Uncle google pon kadang2 wayang je kuat, bukan betul sangat pon.

team yang mendapat anugerah sorak paling riang- "urusakatta" dari nihonjin nagoya.

Pagi ahad itu memang chill seperti kata orang Bota kiri.Semua pemain-pemain yang mewakili Kyushuteam turun dengan semangat ingin makan bento hiroshima menang piala.Rata-rata berpendapat boleh pergi lebih jauh kali ini degan kehadiran bintang-bintang bolasepak daerah masing-masing yang digambarkan jaguh di kaca mata umum.Seawal 4 pagi lagi sistem mesej pesanan ringkas seperti "wei ang ada seluar pendek lebih tak?" dan "bila mau smpai doo" saling bertukar ganti menunjukkan betapa pemain menitik beratkan komitmen pasukan. Sesi dimulakan dengan acara usrah pagi oleh syeikh apai yang dikatakan gagal mengahadirkan diri ke kursus keislaman IPIJ di tokyo semata -mata untuk memberikan tazkirah di sekitar hiroshima.Setelah sedikit taklimat dan kata-kata perangsang oleh penaja kejohanan,hari dimulakan.

iphone 3g - satu fenomena

Perlawanan dimulakan dengan rasa gusar-gulana kerana tonggak pasukan iaitu en.nasri-messi dikatakan tersekat di terowong-terowong berhampiran ,ada juga melaporkan die salah flight. Tetapi rasa gusar itu terus hilang bila melihat kelibat beliau yang membawa beg sandang belakang yang kelihatan lebih besar dari tuannya itu muncul secara total.Setelah menerima tepukan gemuruh para peminat, beliau disuruh duduk je kat tepi padang ."sape pulak kate nak kasik ang men?" ujar manager pasukan matnget yang nampak lembut tetapi bergaye. Perlawanan pembukaan diakhiri dengan keputusan seri 1-1 jaringan syeikh apai dimana dikatakan tektikal manager Kyushuteam en.Khairi tidak menjadi.Ramai berpendapat yang teorhem phitagoras yang diaplikasikan beliau kurang berkesan. "sori la geng, aku borak dengan hatta tadi pasal kalkulus,aku tak usha sangat game korang, tapi well done la.. i`m impress" ujar en khairi bersahaja sambil menelan pisang tajaan.

shuffle bukannya satu trend, ianya satu tabiat-Rezashapel,softbank republic

Permainan disambung dengan semangat juang yang masih tinggi tetapi goyah-goyah . Didahului dengan 1-0 tidak mematahkan semangat para pemain kyushu.Hasil persefahaman yang tinggi oleh para pemain hadapan kami dan permainan 1-2-3-4(brape banyak pass daa) yang cantik dari kombinasi bintang tengah en rezashapel dan fadlilhafeez ,en.Mamu berjaya meledak gawang lawan setelah menyambar hantaran sape tah. Ianya satu gol yang cantik hampir mirip kepada gol didier drogba warne kulit bukan mirip dah ,mmg same terus dengan drogba.Gol diraikan dengan semua pemain sayap membuat shuffle tahap permulaan di atas padang di ketuai raja shaple kami.Tetapi kegembiraan itu tidak lama. Kegagalan en ijat-geli2 menyambut hantaran nihonjin menyebabkan team kyushu berada di kancah kebahayaan.Air mata jantan menitis ketika wisel penamat dibunyikan .Waktu ini en.fadlil sudah mule memegang pinggang tanda umur sudah meningkat ,stamina bukan lagi kerbau balau seperti dahulu.Stokin channel tiruan yang dibelinya di korea dengan harga 70yen-3pasang yang dibawanya sebagai azimat tidak lagi mampu menjadi tangkal ajaib buat beliau.Kesudahannya pengurus kyushu, en khairi-tensai dipecat. Walhal ijat geli 2 yang buat salah ."Dah mmg die penaja nak buat macamana " komen beliau lagi.Walaubagaimanapun die tetap menghabiskan saki baki pisang tajaan tadi.Pasukan dirombak semula untuk berhadapan dengan team tektikal tinggi- nagoya yang mana pengurusnya, en azim yang juga tidak berapa nak kurus itu tampak licik. "taraf -taraf aku je " ujar makmin yang bertubuh sasa sambil cube memasukan baju perutnya yang berbentuk aerodynamik itu ke dalam seluar getah beliau(cuban itu gagal walaubagaimanapun).Hasilnya, penulis malas nak ulas, boleh tanya orang keliling.Kyushu menutup tirai minggu emas itu dengan permainan cantik menentang pasukan kansai yang memang tampak gugup dengan kombinasi-kombinasi kemas pemain2 bintang kyushu.En.labregas yang bertugas sebagai benteng terakhir melakukan tugas-tugas kental dengan melakukan beberapa buangan-buangan kemas diikuti dengan terbangan-terbangan kemas penjaga gol berkeberatan 70kg itu. "Dia berbakat" ujar Nabil rajalawak.Waktu ini ayat-ayat "tadi taknak buatttt" kerapkali kedengaran.Kegagalan en.Matnget menyudahkan hantaran lintang sape tah didepan gawang terbuka akan menjadi salah satu calon untuk anugerah"terlepas untuk musim".Sedikit kecewa kerana gagal menempatkan diri ke separuh akhir, pemain-pemain bintang meneruskan agenda minggu emas dengan mengatur perjalanan ke tapak kesan tinggalan bom di sekitar daerah hiroshima walaupon ketika itu perlawanan separuh akhir baru sahaja bermula.

bukan sahaja ada bola, gadis bola pon ada

rumusan taikai .
1.matmin tidak mampu menyembunyikan lagi kisah perutnya yang comel dari khalayak umum.
2.messi yang digembar-gemburlan mampu membawa cabaran kyushu jauh, hanya indah khabar dari rupa,tetapi usahanya patut diberikan kredit.
3.En.khairi dijangka mampu memberi saingan kepada en. hatta dari segi akademikal menurut penganalisis akademik kyushuteam, en.aizat.
4.En farouk mengalami masalah obesiti yang tidak keterlaluan tetapi body mass index (BMI)nya diragui
5. ijat geli-geli masih seperti dahulu-> geli-geli.Tiada perubahan disini
6. Ade yang mendapat kebahagiaan di hiroshima (ade sape sape-sape terase tak?)
7. odyssey tidak mampu mengejar estima 2006- ini fakta tiada bantahan
8. skandal-skandal dan gossip panas berjaya di revealkan di sini
9. apai tak pegi IPIJ, memang kene bahan la die lepas neh
10. makan telur boleh menyebabkan anda mampu membeli Honda Integra DC5 .
11.Pembesaran- kata kunci untuk hampir semua pelajar AAJ ke 24.(tidak diaplikasikan kepada en matnget).
12.terowong tidak elok bagi menerima signal panggilan dari New zealand.
dibawah ada sedikit gambar untuk tatapan umum - ikhsan reuters


"Kami suke shapel"
kredit untuk ahli kyushuTeam kyushu:matnget,ijat(c),amir,fahmi,gandhi,neng,mamu,oyabun,aisa,labregas,matmin,apai,reza,padori,kuyu
exmanager kahiri-tensai, aizat dan semua pasukan penyokong.

sekalung budi kepada hotel sidek n co, servis tiptop , cucur sedap ,gossip panass.