Thursday, October 30, 2008

saye masih rase saye melayu

aksi lagak ngeri pelakon melayu zaman 200o

Sejak akhir akhir ini aku selalu disogok dengan filem-filem melayu yang dikatekan mampu menarik sebilangan besar penonton-penonton filem tanah air.Jalan ceritenye mestilah bertemakan cina cinta yang mane aku tak suka juge.Filem terakhir yang aku tengok bertajuk Aku tidak bujang . Ceritanya bergenrekan jiwang dan ianya tadek la mantap sangat seperti yang digembargemburkan media . Tapi apek pelat yang berspek tuh kate ia memang manlap mantap ,jadi sebagai remaja yang mudah terpengaruh aku berikan juga 87 minit masa aku untuknya (oh aku juge pergi ke tandas 3 kali dalam kadar 3minit setiap sesi). Stereotype seperti sinematografi filem pecah panggung genre jiwang yang lain dimana ending ceritera mestila pengakhiran yang menggembirekan supaya orang nak datang panggung untuk filem seterusnye (manusia suka pada kegembiraan tahu ,ini fatwa fakta ).Aku dah jangka dah tektik keji ini akan digunapakai sejak aku pandai makan nestum sendiri lagik dah, tapi aku tetap hairan bagaimana aku masih tetap termakan dengan kate-kate manis sutradara cerite-cerite sebegini supaya "teruskan tontonan anda",tak apalah aku beri mereka peluang .Mungkin juge aku suke dengan pelakon utama perempuan cerita ini atau mungkin mereka menggunakan ilmu hitam dan menyebarkannya melalui lensa kamera,mungkin? (aku agak-agak sahaja tak salah bukan )

Sebenarnye aku bukan nak bercerita tentang bagaimana farid kamil memenangi hati gadisnya dalam entry ini pon.Pernah tengok drama melayu awan dania? Aku rase cerite neh agak best (ia menarik perhatian aku ok, sekurang-kurangnya).Criter ini menengetengahkan pelakon-pelakon yang memang selambe ikan talapia air tawar (bukan berlakon macam talapia masak tige rase tuh ,itu lain,kaku dan romantis) .Watak utame perempuan yang ganas ala-ala ketua kumpulan gagak hitam menyebabkan aku merasakan yang wanita zaman sekarang bukan lagi kaum yang lembut dan ayu mutlak seperti zaman zaiton sameon selepas menonton cerita ini(mereka kejam makan darah ,ngeri ,bunuh) .Plot criter hampir sama dengan jeniffer aniston jalan creiter attention please cume para pelakonnya dilahirkan di bilik pembedahan dan bukan di 手術室(kesemuanya aku agak,maaf aku tidak punya info tentang bilik bersalin mereka).Oleh sebab aku lebih suke sesuatu yang berasaskan melayu ,jadi aku undi drama melayu lebih dari cerita jepun (agaknye inila sebabnya aku masih rase bahase melayu aku jauh lebih bagus dari bahase jepun aku ,ade kemungkinan bukan?kamu semua bagaimana pula).Agaknye bile la jurukamera-jurukamera melayu nak merakamkan aksi- aksi ganas berdarah seperti imej lensa di atas ya?Mungkin diloz dan mata ikannya ade jawapan?mungkin.

Aku juge menyukai lagu yang kamu sedang dengar skarang .Ternyata menulis entry tentang cinta boleh menyebabkan anda berhalunisasi yang anda seorang jiwang pokok kelapa walhal anda hanyalah seorang pemuda yang gemar makan makanan masakan sendiri sahaja semasa di rantau orang.(ini dinamakan traumatology dan memerlukan MRI SCAN mungkin juge PETSCAN-kredit kepada dr.atique)
Oh aku juge ingin berterima kasih kepada cik polipop jike die membaca entry ini untuk 5helai lolipop yang dikirimkan melalui makcik posto yang bermuke tegang itu .Aku akan cube sedaya upaya untuk menghabiskannya dalam masa yang ditetapkan .AKu tak janji.
-guten tag-

Sunday, October 26, 2008

melihat dunia dari sudut 45darjah

r
video
sile pasang suare paling kuat untuk pc anda



ciss entry lepas aku dihentam teruk yang aku dikatekan adelah jwang karat macam air paip yang tidak ditapis oleh JKR satu ketika dulu..(adekah JKR menapis air minuman? aku tidak berapa pasti).Takkanlah dengan mendengar hero-enrique iglesias dan you and me-lifehouse aku sudah boleh diklasifikasikan dalam kategori terbabit!OKlah aku mengaku aku pernah jiwang !Tapi itu satu ketika dulu zaman muda belia , bukan skarang ok! Aku sudah mengorak langkah dengan memuat turun lagu-lagu dari the strokes,the vines,butterfingers,muse dan juge nickelback...........Baiklah aku mengaku aku juge memuat turun lagu newboyz tapi satu lagu sahaje ,aku janji. Di atas adelah tabeat aku pade satu ketika dulu (mungkin juge skarang,aku kurang pasti ) .Bermain lagu seorang diri untuk diri sendiri ..nampak seperti sunyi bukan ?Tak mengapa aku suka, jadi tiada masalah! .mungkin sebab itu aku fail banyak matapelajaran teras sem lepas ...tak mengapalah aku berusaha lagi tahun ini dan tahun depan .Kenapa tulisan jepun berpusing-pusing macam jalan di bukit putus?

Oh aku juge pernah memainkan lagu di atas kepade seseorang Photobucket. Harap-harap tempatnye tidak hujan selepas aku memainkan lagu itu ..aku harap.aku juge harap die suke katak.Suare aku mmg ade iras-iras katak sedikit sebanyak.Mungkin atas sebab itu malaysian idol tidak membenarkan aku ujibakat di melaka atas sebab melaka jarang banjir .Jadi demi untuk mengekalkan rekod itu aku tepakse berkorban...aku agak sahaja. Photobucket



p/s: Ramai yang menganggap aku gay kerana entry lepas -->tidak ,ok! aku seorang lelaki tulen yang obesiti obses terhadap wanita yang cantik seperti ini atau ini !diloz harus bertanggungjawab di atas konfrontasi yang disebarkan dalam komen yang lepas!
aku sebenarnye tiade tajuk untuk entry ini itu sahaja

oh aku juge sudah mule meminati lagu2 german lewat hari ini seperti nur ein wort

Saturday, October 25, 2008

aku tidak gei

haiwan ternakan aku namenye chiko

Yah aku gembire hari ini sampai aku angkat basikal dari sekolah sampai rumah aku! Baru sahaje mengambil repeat paper(ye aku bodo ,kamu diam) untuk paper 熱力学(thermodynamic) dan bile aku mengujakan paper itu kepade che`gu, die mengangguk sambil berkata "ini lulus ini"-terjemahan terus dari bahasa jepun ,girang. Takde kene mengene pon dengan tajuk entry kali ini .Kamu tanye kenape tajuk entry begitu? Bagus, aku tgh nak menjawab la neh biarkan iklan berlalu dulu.Iklan.
Sejak fungsi kaki aku mencapai tahap maksimum semula ,aku gemar merayau-rayau, tapi merayau-rayau di laman jejaring sahaje (mungkin sebab itu angka 70kg itu stabil dan tidak lagi mahu menurun ?mungkin...).Aku gemar menjelajah dari satu laman blog ke laman blog kebelakangan ini dan hasilnya aku dapati pasti ade isu ini -->'cinta' untuk hampir setiap laman blog terbabit!yaa semuanya !paling tidak pon mungkin ade tempias tajuk ini dalam artikel -artikel yang dilampirkan. Aku juge penah jatuh cinte,bukan skali,tapi 4 kali ( aku juge jatuh cinte pade jeniffer aniston dan hilarie burton tahu!).Ya aku tahu jeniffer aniston itu tue tapi die cantik!Lembu pakai skirt juge cantik ! kate flip seorang supervisor@torrentmalaya(kredit pade beliau).Tapi jangan tanye bagaimane rasenye bercinte, aku mmg cukup lembu untuk soklan itu pasal aku hanye jatuh cinte, bukan bercinte ok!Cube tanye pade diloz atau mattoy kerane kedua-duanya merupakan oldtimer dalam bidang ini ( peqahbudakbaik juge mungkin?),otai - otai itu cukup jiwang karat pokok kelapa.Hanya yang aku tahu mase jatuh cinte mesti lagu-lagu berentak perlahan seperti lifehouse,vertical horizon,hoobstank dan juge peterpan menjadi pilihan utama bukan? (juge merupakan antare band feveret aku tapi aku tidak jiwang ok!).Aku terjumpe satu laman blog yang memaparkan puisi@syair@sajak@pantun kerat(apa-apa sahajalah) ini.Bersahaja tetapi melankolik . sile bace ini
Awak
hari ni awak Nampak serabut

Semua orang kutuk

Tapi ada gak hati yang puji
Jadi u can always count on me
Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat x Nampak
Padahal nak elak dari pengsan

Awak
Hari ni awak dtg kelas saya
Tapi saya buat bodoh je
Padahal bumi ni rasa macam dh
Tak cukup gravity
Awak
Hari ni awak nmpak comel Semua org puji
Tapi saya puji dalam hati

Padahal nak gak puji sekuat hati
Awak
Ari ni sy senyum kat awk
Tapi awk jalan depan saya
Jadik senyum pun x guna
Awak
Hari ni awak tegur sy
Tapi sy buat-buat pekak

Padahal nak elak daripada x bley berhenti borak

Awak
hari ni sy tegur awak

Tapi sy tegur awak dalam hati
Jd awak x pernah dengar all the gud lucks and take care hari-hari
Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler Padahal x smpai sedepa
Awak
Hari ni awak beratur belakang sy
Tapi sy x tau nak ck papa Jadi sy blah macam 2 aje
Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi sy still kat sini

Padahal dah kosong x berisi
Awak
Hari ni sy nmpak awk dr McD Tapi awak x mcm dulu lg
Jd sy terdiam sendiri

Awak
Hari ni sy dah janji..nak pergi
Tapi x tau kenapa x bleh pergi

Awak
Hari ni sy menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah x de harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri
Awak
Hari ni hari terakhir Nampak awak
Tapi awak x toleh sini
Awak focus kat tv
Awak Hari ni sy tengok gmbar kita senyum
Tp gmbar tinggal gmbar Nak buang sayang, nak simpan sedih
Awak
Esok antara kita ada “balai berlepas”
Esok..tiada esok untuk sy Esok juga..tiada esok untuk awk
Awak Semoga suatu hari nanti
Saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati
Awak
Sebelum pergi Hari ni..
kat sini
Saya janji Semua ni untuk awak
Sebab kenal awak..anugerah terindah yang pernah sy miliki

Terima kasih awak..

Memang cukup jiwang bagi aku(sekurang -kurangnya bagi aku ,kamu si banyak songeh diam!).Macam sedang menonton one treehill season 6 pulak rasenye. Perasaan ini menandakan aku bukan gei! (aku mendengar avenged sevenfold dan sum41 tahu).Apa-apa sahajalah yang penting aku sedang menunggu perlawanan bolasepak inggeris manU dan everton untuk sepak mula.Bola lebih penting daripada cinta buat mase sekarang bagi aku!

"usah gentar kukan jadi temanmu sampai mati"-bagaikan matahari,hujanband
kredit kepada sumber puisi ini (err sajak mungkin).Maaf, memori jangke pendek aku amat lemah.
APA YANG ANDA TAHU TENTANG CINTA?SILE KOMEN

Tuesday, October 21, 2008

kami juga bersukan




Ya kami tahu kami nampak hebat tapi bukan bermakna kami juara.Tempat ketiga juge hebat bukan ?(ayat kaber line paling tipikal sehingga kini).Cukuplah sekadar mengisi masa lapang dengan bersukan-ria (editing kepada perkataan bersuka-ria).Sekurang kurangnye tahun 2016 nanti ade juge bahan bukti yang boleh aku tunjukkan kepade anak-anak aku bile aku cakap aku tak suke maknyah di dalam keluarge bile aku kawin nanti .(aku memang cukup anti dengan kaum separa jantina neh).Mohd radzuan akif yang mengugut untuk berpiket jike tidak mengajaknye meneroka separuh jepun menemani aku sepanjang pergi dan balik kumamoto-gifu (kredit kepada beliau).Kami bertolak ke saga dengan hanya berbekalkan 360yen sahaja walaupon harge sebenar tiket keretapi untuk ke saga ialah 1980 yen (kejayaan menipu JR adelah hasil tunjuk ajar senpai Niqman Albali mustapha)kan ak dah save 162oyen !(1620 yen adelah jumlah makanan aku untuk seminggu sebagai penegtahuan).Bertolak dengan bas untuk perjalanan 12jam mmg terase lame bagi 3 org yang lain tapi bukan bagi seorang neng.Berbekalkan ipod shuffle dan novel demon and angel tulisan dan brown ,perjalanan itu bagaikan asap rokok yang hilang bile dikibas kibas dengan majalah part time job bagi bukan perokok seperti aku .(novel itu tidak jiwang ok!)
lelaki berbaju biru itu tidak single tetapi available menurut beliau(maklumat lanjut)
watak 2 dari kiri mengaku mempunyai berat hampir 3 digit
cantik bukan?hubungi penerbit untuk sesi selanjutnya
ini encik tapek watak yang akan muncul dalam perenggan seterusnya


0700 seperti yang dicakap oleh pakcik drebar bas sebelum bertolak malam tadi kami sampai ke gifu. (ya kenderaan jepun memang terkenal dengan servisnya dan boleh dipercayai sekitar 95%).seperti biaselah bagi perokok tegar seperti mereka " pak pak isap kok dulu "ujar encik tapek.Seperti yang dijangka penambahan 5kg kepada berat badan aku lepas balik malaysia mmg memberikan hasil yang memuaskan dimana kejadian kejang otot pasti berlaku pade setiap perlawanan ."macam ciss " seperti yang dikatekan oleh En. khairi nasaruddin 3 digit .Keputusannnya, perjalanan itu berbaloi apabile pingat tidak kire kaler didalam genggaman selepas kami me"nyayur"kan pihak lawan di peringkat kumpulan.Tapi setakat tu jela ,jangan harapkan lebih kerana bukan rezeki kate kapten fadlil hafeez merangkap nigger pasukan.sehubungan itu kami tidak berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas."Kekecewaan itu pasti tapi yang penting semangat kesukanan itu ada "ujar pemain-pemain yang akan bersara selepas kejohanan ini .
akhir kata terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya warga gifu dan tahniah warga toyama kerana kamu semua memang hebat!
ya kamu sume best!cukup?

Sunday, October 19, 2008

kami panggil ini raya(versi syahdu)



Sume org yang mengaku die Islam,dari yang xpandai pegi tandas sendiri sampai la yang pegi tandas kene org papah musti tau pasal raya temasukla aku....(err maksud aku..kami la warga malaysia di perantauan).Mungkin hampir sume orang menyambut raya pada 1 syawal tetapi bukan kami disini,jepun negara membangun yang kurang menghayati apa itu erti keagamaan (fuhh macam ayat cerpen berita harian neh).Pasal sume orang sebuk menyambut syawal dengan pensel picit masing-masing ,kalkulator,litar bersiri,ipod touch,MAC OS,kamus elektronik (jepun-english) dan juge permainan pelantar playstation2 yang sememangnya sangat terkenal di jepun ini dan hasilnya atas kesibukan tadi ,kami menunda sambutan hari raya peringkat kawasan kepada tarikh 19102008 .selaku org lelaki +bujang ,kami hanya ditugaskan menyiapkan hiasan-hiasan dalaman(interior) ,membuat resipi ayam tandori dan membeli air berperisa di kedai serbaneka yang berhampiran sahaja .Tampak sungguh kami tidak dipercayai dalam hal masak memasak!(kecewa untuk diri sendiri ).Mana taknya malam sebelum sambutan dijalankan incikneng telahpon membakar dapur sendiri kerana membuat eksperimen ke atas ayam bbq menggunakan dapur memasak yang biasanya digunakan org untuk memasak asam pedas ataupon kangkung goreng belacan sahaja(kredit untuk diri sendiri )ORANG SURUH BAKAR AYAM LA DEY."macam ciss"..itu sahaje komen dari pihak terbabit ketika ditemuramah.Sambutan yang dimulakan dengan ujikaji terhadap arang dan bagaimana arang boleh dihidupkan dengan suratkhabar lama sejak pukul 9 pagi memang mencabar minda(kami mandi dahulu) .Ingat! arang basah memerlukan 30 menet dan sedikit hembusan dari mulut manusia untuk dihidupkan!!. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang kerana mastermind menjalankan tugas dengan terbaik skali ...dari ladang (kredit untuk diri sendiri, kali ini dua ibu jari ke atas).
Kedatangan rakan-rakan jepun juge menghangatkan suasane dimana pujian yang dihamburkan kepada makanan-makanan tradisi melayu yang dihidangkan mmg macam org ramai naik train lepas balik keje ari senin (tidak berhenti sehingga penat dah tunduk-tunduk mengatakan terima kasih di atas pujian yang diberikan ). Kali ini kredit untuk semua tukang masak.Syor dari mastermind: sile bukak kedai selepas balik semula ke malaysia.Agak sama dengan sambutan hari raya anda bukan? tapi itu bagi anda ,bukan pada kami .Kami sambut hari raya kami dengan pelantar playstation2 bermula dari pukul 3 petang sehingga pukul 9malam(kami juga sembahyang tahu!) diikuti dengan menonton perlawanan english premeir league untuk semua kelab besar seperti chelsea,manchester united,liverpool dan arsenal (kami tak layan hull city komen penyokong arsenal ). Kesimpulannya hari raya diperantauan dan bola memang sinonim .Ianya semua tentang bola!


Kredit kepada semua yang terlibat dan tetamu undangan yang telah membuatkan neng mengenal semula erti hari raya sebenar dalam kehidupan

komen pengarang: Hargai syawal anda kerana bila anda di kejauhan mungkin anda akan bertanya apa itu RAYA!

Thursday, October 16, 2008

erti persahabatan




"Dalam sakit-sakit kaki neh memang minda separa malas mmg aktif kan "neng bermonolog sendiri jiwang karat apetah lagi nawaitu nak bace buku kejuteraan bahan dan haba ... mmg takk aaa seperti ayat yang diulang-ulang nabil dalam petikan youtube ini yang diulang beberapa kali dalam vid ini secara spontan !.Dalam tak sedar tangan kanan aku yang memang semulajadi gatal neh (banyak sel kot)secare tak tersengaje membuka folder penggambaran sekitar 2002~2004 senyap.Semue orang memang suke waktu zaman persekolahan dieorang (tak baik tipu doo...dose weh )tak terkecuali la aku.Biarla dilempang pipi kiri dan kanan oleh ustaz waden,dirotan kerana tak pakai nametag, 50 round 4X100 punye track pasal sidai tuala kat kepala katil waktu sekolah , bubur petrol dining hall,kari ular ,semua itu mmg kenangan indah yang tak mampu diulang lagi biar masa itu mampu diterbalikkan pon (pasal kalu tebalikkan jam pasir tuh atas ke bawah same je aku tengok keliling aku...).Tapi itu bukan topic kali ini .dalam ak mengelamun hippocampus aku sebok bekerja ,topicnye berkisarkan tajuk di atas.Erti persahabatan ialah satu lagu yang dicipta oleh sape tah dan diturunkan dari generasi ke generasi di STAR,ipoh pasal bait-bait lagu neh melankolik dan memang sesuai dengan persekitaran penununtut penutut sekolah berasrama penuh yang hampir 5tahun bersama .Mmg lebih dari kata -kata yang dapat menggambarkannya (bukan macam buku thermodynamic yang hanya angka dan simbol sahaja).Kaber line untuk membe yang hisap lados,fly malam untuk pesta duniawi,bersama-sama memanjat songkok STAR, feilong beramai-ramai , ranjun barang dining hall juga diklasifikasikan sebagai erti pershabatan kerana tanpa sahabat,modus operandi takkan berjaya . hayati lirik lagu ini dan aku dedikasikan kepada semua sahabat aku yang mengaku die sahabat .korang best.kembali ke alam kejuruteraan




erti persahabatan
saat gembira tertawa|saat berduka kita sama-sama|duduk bermuram durja|kita saling memerlukan|mengerati satu ikatan itulah|erti persahabatan|adakalanya terkasar bahasa|namun kita saling memaafinya|pahit manis kecapi bersama |bersatu hadapi segala ooooo..|bersamalah teman kita harungi istana hati ooo|bersamalah teman kita hargai mahkota suci PERSAHABATAN |
berkekalanlah hendaknya |kemesraan di antara kita|andainya tak lagi bersama|semat kenangan mengusik jiwa|-
untuk versi yang lebih baik untuk anda layari boleh didapati di sini atau sini dan sini
credit utuk starian -026
kod gitar - CAFG (plucking carik senirik dan gunakan kreativiti maksimum)
"once a starian always a starian"

Tuesday, October 14, 2008

tentang kaki bahagian satu





Kelihatan bergaya bukan aktor di atas? ya jike dilihat dari pandangan mata kasar tetapi hakikatnya seorang neng sedang terbaring kerana kehilangan fungsi kaki kerana bahagian kaki mempunyai bebanan lebih pada bahagian otot setelah bermain bola yang pade hakikatnye takpayah aa SEMANGAT SANGAT MEN BOLA WOII!!.kaki tidak berehat atau restless leg syndrom sedang berlaku pada ketika ini dimana ia telahpun mencapai had masa 48 jam sehingga detik 2216.Menaiki train dan mendapat priority seat,bangun pagi dan jatuh tegolek dog ala ala jaclyn victor di sebelah katil senirik kerana lupe kaki tidak boleh berdiri stabil, berjalan di sekolah sambil dipandang hine oleh msyarakat jepun serta merangkak ke bilik air adelah antare kesan sampingan yang boleh diperolehi daripada wabak ini.Rawatan minyak panas,koyok,dan sebuah filem melayu arahan pierre andre bertajuk i`m not single boleh menghilangkan rasa kesakitan buat sementara ...INGAT sementara sahaja kerana rawatan di atas boleh dikategorikan sebagai pain killer sahaja !oleh itu kesinambungan dari rangkai kata di atas belajar la deyy!!-tamat bahagian satu

Tuesday, October 7, 2008

maaf




kadang-kadang kita tak tahu yang bercakap itu boleh menyebabkan hidup kita huru hara
kadang-kadang kita tak tahu yang bukan sume yang kite cakap tuh sampai maksudnye
kadang-kadang dengan sepatah cakap itu kita hilang kawan
kadang-kadang cakap itu membawa kepada kegelapan
kadang-kadang maksud itu membawa kepada perpecahan
banyak la kau punye kadang-kadang

sebenarnye aku dah buat salah neh ...malu+segan+rase besalah tahap raksase rosakkan bangunan +sume sifa sifat orang besalah adela kat aku ,tapi..... tuhla kadang-kadang jujur juge bukan satu bende yang baik dan ingat bile becakap perhati tutur kata kerana adekalenye kadang-kadang berlaku seperti yang di atas
maafkan aku dan itu sahaja yang mampu aku katekan kerana maaf memang tak boleh diminta dengan hanya manis bicara,cukupla sekadar aku dan rahsia itu berlalu pergi

p/s: maaf entry kali ini agak sastera sedih pulak,tapi seperti yang aku kate hanya maaf
cukupla skali ak ilang kawan baik,takmo ilang lagik dah dan masih beharap ia akan seperti dulu

hilang akal




Jike anda perasan anda sebenarnye tengah melihat sebuah meja untuk pembelajaran yang kemas dengan watak utamanya seekor cawan berisi air susu yang dah tak berape segar.Sebenarnye sysop blog neh tengah bohsan tahap pen dakwat celup tuh sini tekan..
Apsal sorang-sorang tuh bleh jadik boring tahap "doraemon time makan nasik dengan chopstick"(peringatan doraemon tadek jari)?sebab die tadek awek/pakwe? sebab tadek membe(nerd tahap dewa)? terpinggir(kes makan megi sorok dari membe)?memang dilahirkan untuk menikmati kehidupan boring yang maksimum? salah salah,itu sume tak betul tuh,kite yang merencanakan kehidupan kite,jadik mulakan hari anda dengan senyuman (bukan kepada makcik gemuk tepi rumah anda,die jahat!).Melihat kehidupan dari sudut berbeza pasti mengubah transisi dan komposisi kehidupan anda sebab senyuman itu hak milik setiap insan

cube tngok gambar gambar neh ...mase tuh sume org gembire tak kire aa die hensem ke hitam ke jambu ke ...kan bagus kalau dunie itu dijadikan hak milik bersama!

Sebenarnye aku nak citer pasal muzik tadik,artic monkey-`fluorescent adolescent`-->sini tekan. dentuman dram separa rock dan permainan jemari pemain bass yang kemas mmg terbaik untuk menjadikan badan anda turut bergoyang mengikut rentak tari irama.Agak funky dan sedikit lame tetapi suda cukup untuk membuatkan adrenalin mengalir deras turun ke seluruh vena kapilari sambil kepala ikut bergoyang .Walaupon official video serta lirik lagunya boleh dikategorikan dalam kategori ampesh kambing,namun sesuai untuk diri anda yang sedang dalam keadaan hilang arah tujuan kerana ternyata anda sedang membuang masa dengan membaca entry ini

Saturday, October 4, 2008

raye dan paip air


Gambar di atas adelah gadget yang telah memberikan sumbangan yang aku anggap berharga pada tanggal 1 syawal 7.30pagi dalam erti kata lain ,best sungguh raye di Jepun dengan air paip segar . Seawal 6 pagi aku bangun(walhal subuh abis 6.07) semayang subuh dan bertakbir seala kadar terus sambung tido balik .Untuk pengetahuan mereka yang belum pernah menyambut syawal di luar kawasan perkhidmatan ibubapa mereka ,pagi syawal memang perlu disambut dengan tidor semula selepas subuh bagi membolehkan perasan meriahnya hari raya di tahap maksimum.lenggok MUSE-starlight lebih menarik aku rasekan daripada lagu-lagu stereotype seniman agung pRamlee-dendang perantau .Setelah menelefon ibubapa sekitar 5 menet cukup sekadar memohon maaf ,air paip ak teguk dan 125zR dicapai ke destinasi agung ,KUMAMOTO DAIGAKUPhotobucket. Untuk pertama kalinye aku tak pegi semayang raye ..tahniah pencapaian memberangsangkan! rumah terbuka kobini family mart memang menyediakan juadah pelbagai rasa yang sememangnye asyik untuk seorang bujang yang anggun .Hari raya itu sendiri sudah kurang bermakna tanpa aku sedari sejak bile ntah .Natijahnya pensel picit lebih hebat impaknye daripada rendang ayam mak aku..pasal ak tak rase papepon mase dalam kelas zairiki arituh..(orang cakap kalau kite kawin nanti ,perasaan raye tuh datang balik,yeke? ...bape kali kite nak kene kawin?)Photobucket .Kesimpulan yang bleh dibuat raye jepun saiko!
Kelibat mohd hishamuddin dan radzuan akif yang jelas berasa terharu dengan adanya jamuan raya tatkala harapan merasa meriahnya syawal seakan akan hampir pasti disudahi dengan air berperisa dan nasik kicap !-aku ,kawan-kawan dan petang raya
act :hisham,labis
prop:125zr,paip sinki utama
condition: hiba -(hujanband)

dulu-dulu kami berudu



Tetibe je ak terase gatal tangan nak menulis ..tapi pasal ak malas nak menulis ..ak menaip sudda..
teringat lak zaman mude hingusan dedulu... memang masyuk dindong ahh asikkk ....
The sweater,malboro24,the sweetest,aaj24 ..memacam lagik name telah digunapakai oleh kumpulan kugiran rancak ini ...kumpulan yang diangotai oleh sekumpulan makhluk bute muzik ini telah ditubuhkan atas dasar "muzik itu kehidupan " dan sebagai pelengkap fakta mereka hanya bertemu sesama sendiri kurang dari setahun.minat yang mendalam terhadap gelombang harmoni bergerak telah menyatukan mereka dan hasilnya MEMUASKAN(kenkadang memualkan kate para peminat ). Kurangnya komitmen dan krisis dalaman telah menyebabkan berlakunya pertukaran lineup kumpulan ini ekoran bassist dan juge penyanyi bersuara rancak kumpulan ini tidak dapat memberikan komitmen yang konsisten kepada perjuangan muzik mereka .Menurut jurucakap band ini, secara jujurnya hubungan sesama mereka masih utuh seperti dulu dan beliau tidak dapat memberikan komen lanjut ke atas isu ini .hasil temubual pihak CNN dengan bekas anggota kugiran rancak ini mendapati khabar angin yang mengatakan hubungan antara ahli adalah renggang dan agak lolita kompleks adalah terpesong jauh dari maklumat sebenar. "Saya masih tetap menyokong mereka tapi hubungan kekeluargaan lebih perlu saye utamakan"ujar matnget shahrul slaku bekas penyanyi utama mereka . Disebalik hurura dunia yang berlaku, kemasukan pemain bassist berbangsa bukan melayu mereka telah menambah riuh keadaan dan terus memberikan impak apabila terpilih untuk ke pertandingan di salah sebuah universiti ternama di malaysia dan berjaya merangkul tempat ketiga yang memberikan kenangan manis kepada sejarah kumpulan ini.Kredit juga harus diberikan kepada pemain keyboard bertaraf 7major dan penyanyi bersuara nada tinggi mereka.Dengan kejayaan ini mereka telah mampu menjulang nama mereka setaraf dengan kugiran-kugiran major yang lain.Detik -detik gemilang itu berkubur apabila komitmen kepada pelajaran perlu lebih diutamakan dan hayat kugiran rancak 20an ini menemui titik noktahnya tatkala usia perjuangan muzik mereka masih diusia muda tegar lagi.Kisah perjuangan mereka diangkat menjadi satu lagenda yang kekal abadi di kenangan mereka mereka yang turut sama menghayati erti sebuah muzik




the sweater
:
ashuranzara:lead | incikneng:rhtym |mattoysama:bass |kuyu:drum |dididewa:keyboardist paa:vokalutama |amito:vokalutama
in memories:matnget(vokal rancak) ,rex:bass
single hit:wake me up when september end,pupus,that thing you do ,operator the line is dead,crumbs,that thing you do,redline95 ,alah emak kawinkan aku