Sunday, October 19, 2008

kami panggil ini raya(versi syahdu)



Sume org yang mengaku die Islam,dari yang xpandai pegi tandas sendiri sampai la yang pegi tandas kene org papah musti tau pasal raya temasukla aku....(err maksud aku..kami la warga malaysia di perantauan).Mungkin hampir sume orang menyambut raya pada 1 syawal tetapi bukan kami disini,jepun negara membangun yang kurang menghayati apa itu erti keagamaan (fuhh macam ayat cerpen berita harian neh).Pasal sume orang sebuk menyambut syawal dengan pensel picit masing-masing ,kalkulator,litar bersiri,ipod touch,MAC OS,kamus elektronik (jepun-english) dan juge permainan pelantar playstation2 yang sememangnya sangat terkenal di jepun ini dan hasilnya atas kesibukan tadi ,kami menunda sambutan hari raya peringkat kawasan kepada tarikh 19102008 .selaku org lelaki +bujang ,kami hanya ditugaskan menyiapkan hiasan-hiasan dalaman(interior) ,membuat resipi ayam tandori dan membeli air berperisa di kedai serbaneka yang berhampiran sahaja .Tampak sungguh kami tidak dipercayai dalam hal masak memasak!(kecewa untuk diri sendiri ).Mana taknya malam sebelum sambutan dijalankan incikneng telahpon membakar dapur sendiri kerana membuat eksperimen ke atas ayam bbq menggunakan dapur memasak yang biasanya digunakan org untuk memasak asam pedas ataupon kangkung goreng belacan sahaja(kredit untuk diri sendiri )ORANG SURUH BAKAR AYAM LA DEY."macam ciss"..itu sahaje komen dari pihak terbabit ketika ditemuramah.Sambutan yang dimulakan dengan ujikaji terhadap arang dan bagaimana arang boleh dihidupkan dengan suratkhabar lama sejak pukul 9 pagi memang mencabar minda(kami mandi dahulu) .Ingat! arang basah memerlukan 30 menet dan sedikit hembusan dari mulut manusia untuk dihidupkan!!. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang kerana mastermind menjalankan tugas dengan terbaik skali ...dari ladang (kredit untuk diri sendiri, kali ini dua ibu jari ke atas).
Kedatangan rakan-rakan jepun juge menghangatkan suasane dimana pujian yang dihamburkan kepada makanan-makanan tradisi melayu yang dihidangkan mmg macam org ramai naik train lepas balik keje ari senin (tidak berhenti sehingga penat dah tunduk-tunduk mengatakan terima kasih di atas pujian yang diberikan ). Kali ini kredit untuk semua tukang masak.Syor dari mastermind: sile bukak kedai selepas balik semula ke malaysia.Agak sama dengan sambutan hari raya anda bukan? tapi itu bagi anda ,bukan pada kami .Kami sambut hari raya kami dengan pelantar playstation2 bermula dari pukul 3 petang sehingga pukul 9malam(kami juga sembahyang tahu!) diikuti dengan menonton perlawanan english premeir league untuk semua kelab besar seperti chelsea,manchester united,liverpool dan arsenal (kami tak layan hull city komen penyokong arsenal ). Kesimpulannya hari raya diperantauan dan bola memang sinonim .Ianya semua tentang bola!


Kredit kepada semua yang terlibat dan tetamu undangan yang telah membuatkan neng mengenal semula erti hari raya sebenar dalam kehidupan

komen pengarang: Hargai syawal anda kerana bila anda di kejauhan mungkin anda akan bertanya apa itu RAYA!

3 comments:

pooja said...

huk aloh bro..
sadis gak cite raye ko, tp x sesadis ayam masak merah + nasi beriyani ak yg telah ditongsampahkan sblm smpat ak nk mkn. (nate cis btol meeting kuj).

incik neng said...

haha mmg sadis aaaa,raye di jepun tragis..itu hakikat ngah3

Liyana Safra Zaabar said...

hmm..miss u all back in kumamoto,act raya kt jepun best sbenanye kalau ramai msians,i just realized it.aku ingatkan raye kt jepun takkan best smpai bile2..huhu..