Wednesday, April 22, 2009

mat seving 2.0

gambar hiasan :mereka tidaklah seving sehbat seperti yang disangka

Kamu makan sehari setengah pinggan sahaja ? Peti ais kamu hanye ade kaki ayam 4 ketul dan roti canai segera sahaja ?Kamu taburkan minuman milo dalam peket dalam almari kamu di asrama supaye kamu nampak macam banyak makanan? kamu ke kedai 100yen dan mengharap ade barangan berharga 80yen?Nasi yang kamu masak khamis lepas masih ade dalam periuk karan kamu pade petang ahad?Kamu bawak bekal pegi sekolah?Kamu janji dengan seior kamu yang kamu nak masak ketam tetapi bilik kamu hanye ade kuih siput dan minyak kamu goreng hotdog?Kamu sememangnya pandai menyimpan ya! Erti kata lain, dalam kata-kata makan dalamnya ,kamu memang seorang mat /minah seving .Memang tepat pilihan kerajaan memilih kamu sebagai duta kecil kerajaan.Tapi kamu masih lagik hanya si seving kelas bawahan.Tak ada apa yang boleh kamu banggakan tentang itu. Mungkin kamu boleh kawin awal daripada aku ,itu sahaja.

gemuk dalam gaya maskulin seving

Semenjak due menjak ni ramai yang pening kepale tentang masalah kewangan dan ekonomi diri.Ada yang batuk-batuk, sakit tekak muntah berdarah pon ada .Hinggakan berat badan meningkat pon boleh menjadik isu sensitip bagi sesetengah pihak berwajib. Lebih memilukan lagi ramai orang berwebcam dengan awek sampai 4-5 pagi (kes duit takde nak beli brastel, telefon mahal la pulak tetapi rindu nak buat macamane neh ).Tak apa kita sama.Memang itu lumrahnya kalau alien kad kamu hanya bertaraf visa pelajar sahaja .Memang kamu akan kesesakan lalulintas kewangan waktu2.Waktu2 macam ini mesti kamu boleh mengimiginasikan bagaimana uncle T.Funahashi menaip email berbentuk sopan dan dihantar kepade kamu memberitahu yang biasiswa kamu akan masuk pada satu tarikh yang telah ditetapkan.Walhal pada hari biasa T.funahasi punye name pon kamu tak pernah nak ingat. Cube kalau kad pengenalan kamu bertulis taukeh-pachinko-besar, mesti kamu tak teragak-agak dah untuk membeli teddy bear besar berbulu lembut untuk dihantar kepade orang orang tersayang jauh di sana .
Tapi itu untuk mat seving tahap pertengahan. Apa bezanya dengan mat seving 2.0? Tak apa kali ini tak perlukan uncle google, biar aku yang jelaskan definisi mat seving 2.0 kepada kamu . Kamu akan tahu kamu mat seving 2.0 bila ayat- ayat kamu lebih manis dan menawan hati orang sekeliling hingga mereka boleh belanja kamu tanpa rasa menyesal. Kamu pandai menepis tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada kamu daripada rakan taulan dan senior-senior kerana kamu sangatlah kedekhut piang. Kamu juga dikira mat seving 2.0 jika punchline kegemaran kamu ialah
"duit aku sukati akulah , aku tak kacau duit kamu pon kan "

Cita-cita mat seving 2.0 mestilah membeli kepala keretapi nozomi (bullet train) untuk dibawa pulang ke tanah air .Kamu juga memakai telefon tangan picisan supaya kamu tak payah bayar mahal pada ketika hujung bulan .Semestinya kamu takkan membuka lampu pada waktu malam mengurnagkan jumlah penggunaan elektrik.kamu juga sudah boleh bertunang dengan hasil duit simpanan kamu .Jimat beb !Kamu juga minat dengan peserta Akademi Fantasia yang boleh shapel .Kamu masak kari ayam tetapi kamu gunakan ubi kentang untuk menggantikan ayam tersebut dan mendakwa itu adalah ayam. Kamu juga membanding bandingkan bil elektrk rumah kamu dengan bil elektrik rumah membe kamu supaya kamu boleh berbangga yang bil elektrik kamu lebih rendah.Malahan ayat-ayat picisan seperti " tak beli omiyage macam tak datang la sini " memang tak boleh digunapakai kepada kamu ,kamu tak amek port pon .Dalam erti kata lain kamu memegang motto lu-sebok-apehal dengan kemas tersemat di sanubari.Kamu juga tiada nawaitu nak belanja member2 kamu walau sekalipon.Kalau ade jamuan makan-makan percuma , kamu orang pertama yang akan datang.Malah pada waktu cuti kamu akan ke bandar2 bear mencari kerja sementara .Melwata kawan-kawan? "mimpilah baik aku simpan duit aku". Sekarang kamu dpat bezakan antara mat seving kelas bawahan dengan mat seving 2.0 ? (ade ke wujud sebenarnya mat seving 2.o neh ?)
seksi dalam gaya seving

sebenarnye aku takde topik pon nak cerita, saje je buat gempar. Sebenarnye seluar jin pelbagai guna aku tetibe je dah koyak di lutut takde angin takde ribut menandakan yang dah 2 tahun rupenye aku tak beli seluar dalam . Nak kate ekonomi negara menjadi teruk sejak ahmad nabil ahmad bercinta dengan irma hasmie sampai aku tak buleh beli seluar pon tak jugak .Aku seving ke?.Kalau sampai 2 tahun tak penah nak beli selua lain , dalam kategori seving apekah patut aku kalsifikasikan diri aku eh?Oleh sebab yang demikian kepada cik Nur , hajat aku untuk membelikan kamu baju sejuk berbulu kura-kura parsi terpaksalah ditunda ke satu tarikh yang selepas aku berjaya mendapatkan levi`s 501 yang baru. Eh ade kemungkinan ke berat 70kg boleh menyebabkan seluar jin koyak di lutut?

notakakibulutangkis: tahniah kepada pasangan emas kumamoto yang berjaya melangkah ke peringkat suku akhir pertandingan bulu tangkis Indonesia di kumamoto.


Ku cuba menutup mataku..
bila ku lelah untuk hidup..
namun semuanya berubah di saat engkau hadir


- anggun,BAU-



Saturday, April 11, 2009

tahun 3 stended vs tahun 3 modified

iklan ini berklasifikasikan 18 ssb

Masih ingat tahun tahun 1997 ?Mase tuh kamu tahun 3 sekolah kebangsaan,(ayah kamu racist ,die taknak kamu campur dengan bangse lain)dekat dekat dengan ruma kamu .Tahun 3 tuh, standard 3 you know, stended tau, belom modified lagi. Mase tuh kalau tanye kamu ape itu masturbasi pon,belum tentu kamu tahu maksud die, suci gile ahh.Kentut,bersin,kentut bersin kamu dah masuk tahun 3 institut pengajian tinggi awam dah .Kamu tak lagik meratap tangis sebab ibu kamu tak belikan pensil kaler 24 batang steadler tuh .Kamu juge tak payah lagik tarik muke lebar sebab ayah kamu tak belikan kamu beg swan yang ade roda tuh(alah yang bleh tarik tarik punye macam beg nak naik kapal terbang tuh la) .Kamu juge tak payah susah susah nak kibau batang pisang jiran kamu ngan ubi kentang mak kamu untuk matapelajaran pendidikan seni yang tajuk minggu itu cop batik corak2 .Kamu juge tak payah risau kene bediri atas meja sebab kamu telupa yang cikgu matematik asas kamu ade kasik keje rumah semalam(kamu lupe rembat jawapan membe pagik takdik pasal sebuk men galah panjang ).lencana sekolah tampal kat poket baju kamu yang putih dah jadik kuning tu , seluar biru slack ade getah kat pinggang yang ade koyak kat lutut tuh . dude... itu kenangan .Selera kamu jauh dah lebih tinggi sekarang , kasut Asadi? Bata? eh kamu tengah cerita pasal jenama selipar tandas kan.....?walhal itu la yang kamu puja2 satu ketika dulu tau sampai mogok lapar kalau dibelikan hanya kasut pallas jazz je dulu.

hidup umpama rokok, makin dihisap makin stim

Sekarang pon kamu tahun 3 ,tapi tahun 3 institut pengajian tinggi awam jepunlah.Banyak yang dah berubah sedari 1997. Kalau dulu kamu masuk tahun 3 , kamu sebuk kibau pemadam membe sebab kamu juara main lawan pemadam antara kelas.Sekarang kamu sebuk juga , sebuk kibau awek member pulak , kamu kan juare mengorat gadis peringkat daerah.Kalau dulu nak masuk tahun 3 ,kamu sebuk ajak mak ayah beli buku dengan harapan mase sesudah membeli buku-bukuan nanti mak kamu akan ajak makan di restoran makanan segera Makcik ken yang mana selalunye berhasil , pasal kamu tarik moncong 14 hasta kalau tak dapat .sekarang kamu tak lagi beli buku di luar,kamu sailang buku senior je pasal kalau kamu beli buku kat luar pon,kamu tak buleh pegi restoran makanan segera pasal tak halal pon(sebenarnye kamu tak berduit,kamu kan seving).Kalau dulu kamu ke sekolah mak abah hantar pergi ,balik berjemput ,sekarang itu semua jadik kenangan je, pasal kamu ...sekolah pon tak pegi (kes pagi bangun lambat ) nak balik berjemput? mimpi la .Kalau dulu kamu ditaburkan degan janji-janji manis yang kalau kamu mendapat markah tinggi kamu akan diberikan hadiah lumayan seperti bercuti ke pulau -pulau peranginan di serata malaysia (mungkin luar negara bagik kes keluarga payung kembang) atau setidak -tidaknye menumpang di rumah saudara yang dekat dengan tempat-tempat peranginan. sekarang tak ada lagik semua itu pasal macamana kamu nak dapat markah tinggi ,exam pon kamu tak pergi
.kejuruteraan sistem mekanikal: geseran dan daya tujah

Satu je yang tak berubah dalam dunia pelajar cemelang kamu .Ya kamu masih lagik macam dahulu.Adengan liat mahu ke sekolah kali pertama semasa bukaknye persekolahan memang sama je rata-ratanya .Kalau dulu kamu punye la liat besungguh2 tak nak pegi sekolah , bak kate orang-orang lame "nak kene sungkip buntut baru la ekau nak poei skolah kan " camtulah kamu orang. Sampai mak kamu terpaksa menabur janji-janji palsu yang die akan belikan kamu evo 3 Brickgame kalau kamu pergi ke sekolah dengan riang .Sekarang? same je , bezenye kamu pulak menabur janji kat diri senirik kalau kamu ke sekolah , kamu akan hadiahkan diri kamu sebuah iphone yang masih dlam promosi itu.


Masuk ke sekolah selepas menimati keindahna bunga sakura memang best , kalau tak tidur dalam kelas , mesti main psp slim edition 300. Apsal pulak baru 2 hari sekolah keje sekolah aku dah banyak aa? kenape ?why? doushita? tim kai ? nandre?
oii apsal aku kene sehkolah .

kaler-kaler rambuit bleh pegi sekolah ke ?



kamu,
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi yang mungkin bisa kau rindu