Tuesday, March 10, 2009

impian si pelajar tajaan

walaupon beliau tak sehensem aku beliau tetap buleh graduasi.ternyata kehenseman bukan ukuran


Kamu pernah menulis tulisan kecil-kecil di atas meja sebelum peperiksaan?kamu tibe-tibe berbaju lengan panjang lekap dipergelangan panjang ketika hari peperiksaan ?Kamu ade bermain tukar isyarat dengan rakan baik kamu yang pandai sedikit setelah bepeluh-peluh tidak dapat menjawab ?Sahlah kamu pernah memakai lencana tampal kat poket kiri mase kamu mude2 dulu.Orang cakap belajarlah sampai cikgu kamu givap dan suruh kamu carik cikgu lain pasal die tak dapat jawab soklan trigonometri yang kamu ajukan .(Kamu ambil dari buku unibersiti die cikgu skolah menengah je.)

Ya impian seorang pelajar mestilah mendapat kelulusan yang cermerlang,gemilang ,terbaik dari ladang.Tambahan pula pelajar tanggungang kerajaan, pastinya masa depan negara terletak di bahu belaiu ...mungkinlah agaknye.Kalau keputusan memuaskan , ibu bapa bolehlah canang satu kampung yang anak mereka kurang pandai sedikit je dari stephen hawking . Hari ini aku ke majlis pengebumian pengraduasian untuk pelajar2 diploma kejuteraan di bandar kumamoto.Pelajar-pelajar ini yang menuntut selama 5 tahun di kolej kejuruteraan gelombang di sebuah bandar di daerah kumamoto akhirnya menamatkan azab sengsara mereka bergelar pelajar peringkat diploma.Bagik pelajar luar negara pula, mereka hanya sekolah tiga tahun sahaja di jepun dan lagi 2 tahun mereka telah habiskan di malaya dahulu.Lepas neh kamuorang rase pulak azab jadik pelajar ijazah pertama .Kalau sebelum neh kamu berderet A++ di senarai semak keputusan peperiksaan kamu dan kamu berbuat muke kerek,lepas neh kamu akan ke bilik guru hari hari pula sebab nak mintak satu markah untuk lulus.Muke kerek tadik? simpan.Padan muke kamu orang.

Kamu di Malaysia pasti sedang tersenyum kalau mendengar perkataan " majlis graduasi".kan?Mungkin kamu tersenyum memikirkan keuntungan karipap sardin yang akan kamu sapu nanti untuk pesta jualan graduasi atau kamu tersenyum memikirkan port mane yang sesuai nak merendek dengan gadis kamu mase majlis pengraduasian itu berlangsung(guardman tiada , orang akademi pengajian Islam anjurkan majlis. sibuk.).Aku tak ambil peduli pon.silekanlah.. selepas pandang kiri dan kananlah tapi.

Di jepun kamu mungkin akan sukar membezakan forum perdana ataupon majlis graduasi.Hampir samalah.Tiada kedai jual "air batu bang? sejuk sedap,"atau "ini baju ori neh kak,betul tak tipu" di kaki kaki lima universiti sewaktu majlis gradusi selama beberapa hari itu.Tiada vice canselor nak naek mercedes mata belalang yang akan buat muke kerek bila kamu salam dengan dia di atas pentas nanti.Pertunjukan belon udara dan tarian tradisional? mimpilah.Majlis graduasi jepun sangat ringkas. Hanya memakan masa 1~3 jam sahaja .Yang ada hanyalah si tua berambut putih dengan baju kot kemas dan berjenama mahal memberikan ucapan silih berganti .Rata -rata bercermin mata berbingkai emas atau perak.nampak elegantlah tuh agaknya.Perjalanan majlis?kamu masuk ke dalam dewan kamu tunduk hormat sekali, kamu duduk mendengar ucapan yang kompleks dan kamu tidur, bila hampir habis kamu bangun sekali lagi , kamu tunduk .Kamu boleh lap air liur kamu juga sebelum tunduk tadi.Tak perlu topi empat segi bertali sekelumit di tepi dan baju jubah oversive sewa tuh .Cukup dengan baju kot beli murah dan kasut hitam tiga~empat tahun lepas punya.Kamu dahpun graduasi .Mencabar kan?



Acara baling-baling rakan :waktu ini kamu mesti percaya yang manusia bleh terbang.

Sekarang tiba bahagian penting majlis ini .Ia akan bermula bila kamu melangkah keluar dari dewan.Kenapa ya?
1. kamu boleh lambung2 kawan kamu tinggi 2 sampai tangan kamu krem.kawan kamu tadi pula pitam sebab gayat

2. kamu dapat bunga dan anak patung panda yang dibeli dari rangkaian kedai berdekatan.Kamu suka gila pasal pertama kali kamu dapat bunga hidup .selalunya kamu dapat bunga plastik dan bunga cinta lestari sahaja.mungkin juga kamu tak pernah terima bunga.

3. 後輩(junior) kamu datang kepada kamu dan meminta ambil gambar bersama kamu.kamu rasa kamu popstar waktu ini.kamu lupekan liyana jasmay dan fauziah ghous buat 30~40 menet.

4.sekali lagi 後輩 kamu akan datang dan meluahkan isi hati mereka kepada kamu samada mereka dah lama suka kat kamu atau dah lama mereka mengangumi kamu.Kamu buat muke tersipu-sipu.muka keluar warne pelangi.kamu rasa kamu sangat イケメン(cool).Lelaki pon suka kamu ? kamu boleh tunjal dahi mereka dengan bunga yang kamu dapat tadi.(bunga free, kamu nak kesah apa).

5. Kamu pula yang meluahkan isi hati kamu kepada orang yag kamu minat.Alah kalau kene rejek pon dah tak same sekolah ,taklah merah muke sangat .kamu boleh teruskan tabeta buaye kamu di tempat lain.

6. Kamu rasa nak menitis air mata , kamu terharu tak sangka kamu tiru 宿題(kerja rumah) kawan kamu pon kamu dapat graduasi.cemerlang pula tuh.Kamu bangga sungguh.

7. kamu ke parti mabuk-mabuk dengan rakan-rakan kamu.kawan kamu minum vodka ,kamu minum oren.Pon kamu boleh mabuk.Biasalah tu.

Itulah antara yang aku alami ketika berpijak di bumi orang ketika ini.Melihat mereka berjaya aku berazam untuk mengurangkan berat badan aku bila masuk sem baru kali ini.Aku yakin aku boleh .Macam lagu ella "standing in the eyes of the world" tu.Kamu tanye ape paedah ke majlis graduasi jepun yang meriah sikit dari majlis pengebumian itu?
ini hasilnya.

romeo bermuka arnab


tak rugi kan ke majlis 卒業?



"true love is like ghost which everybody
talks about and few have seen"

-La Rochefoucauld
author

9 comments:

tictactoe said...

nampak sgt neng kebosanan apebile dier merapu ttg majlis pengebumian.
(nnt sotsugyo ko pegi jugak punye laa)

oi2~~~ ader je ayat2 cinta setiap post yerr~~ bercinta kemain laie..ehem3

~thirasaufee~ said...

neng sejak berBAYI2 ngan cik N ni makin ehem2.. haha..

Kenangan Lalu said...

Neng, mamat yang atas tu dah berpunye? Bukan, bukan yang itam putih, yang berwarna-warni tuh~

Theehee~

Ps- Curang denganmu depan-depan salahkah?

rairarirurero said...

mamat gamba first tu malaysian ke?klu malaysian,smpai ati ko smbunyi die dari aku.ni nak nangis ni.

tictactoe said...

hoi izat! singlekan diri dulu~~~ klu sumorang nak tau itulah cik N....hehhheh

incik neng said...

tiktakto - sosugyou musti mahu.....manada becinta la.. single tidak available .huahua

thirah - mane ade bayi2 doo mesti cakap english baru nampak dingin fuuuu

alexalalatuk - dude aku rase die cam straight gak aa ..tapi tuh aa.. nak try kontek la abg wahahah
curang? arang nak?

rraira- dude abih subaru silver ttuh.... wahahahah
tiktaktoe - wahahaha jgn aa bucor rasie doo paa .. kate nak deting ngan ak wahahah

rairarirurero said...

neng aku serius gile ni.

mamat gmba first tu malaysian n single tak?

Unknown said...

comel la arnab. eh ade ke?

Muhammad Amin said...

true love is like a ghost...pergh,jiwang nate nie...turun kat aku ilmu sket...yg grad tu member kousen ko kan??