Kalau kamu cuti kamu buat ape biasenye? skodeng makcik janda sebelah rumah kamu ? berlatih equestarian dengan ketua kampung? polo air bersama anak jira kamu ?Atau sekadar bermain Mybrute dengan semut ?Kami tak into sangat dengan bende-bende picisan sebegitu. Selaku pelajar jepun yang menjadi kegilaan gadis2 di seluruh
kekurangan makanan boleh menyebabkan nafsu karnivor manusia meningkat.Rusa segar sesiapa?
memang menjadi masalah jika anda tidak mempunyai berat badan mencukupi di kawasan hiroshima. angin kencang-ditiup angin la jep!
Perjalanan ke hiroshima dimulakan dengan babak kejar-mengejar odyssey dan estima yang nampak berat sebelah kerana dikatakan estima mempunyai kelebihan ETC-pemanduan murah di lebuhraya yang diangap sebagai salah satu faktor utama kenapa odyssey di`sayur` kan kemas oleh estima.Hasilnya estima sampai dahulu ke destinasi dengan kelebihan berbaki beberapa saat di hadapan. "Kami tak kesah pon" ujar saudara aisa selaku pemilik bersama kenderaan odyssey (mukenye bewarna pelangi ketika ini).Seperti yang dijangkakan hiroshima tidak banyak bezanya dengan kumamoto,bak kate pepatah lama "ek eleh hiroshima guraii" .Beberapa ahli rombongan sudah meronta-ronta mahu pulang kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa hiroshima bukannya gah seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak media di layar-layar lebar. Hasil pujukan nasi lemak dan rendang ayam sedap oleh syarikat pengangkutan oyabun, ahli rombongan dapat bertenang dan keadaan menjadi lebih terkawal.Masing2 seolah terpukau dengan adunan sebati itu.Perjalan diteruskan ke tapak pengeboman hiroshima yang mana kamu pernah belajar mase tingkatan 4 dahulu . En neng yang sememangnya tidak berape nak kacip dengan mata pelajaran sejarah buat endah tak endah je di kawasan terbabit tatkala org ramai sebuk menggunakan lensa kamera masing-masing membuat posing paling maut pernah digunakan ." gua memang tak into sangat dengan benda-benda cam gini " ujar beliau dengan muka lu-tanya-lagik-gua-tumbuk. Hasil lawatan 1 hari tiada malam itu itu menguatkan dakwaan bahawa Uncle google pon kadang2 wayang je kuat, bukan betul sangat pon.memang menjadi masalah jika anda tidak mempunyai berat badan mencukupi di kawasan hiroshima. angin kencang-ditiup angin la jep!
Pagi ahad itu memang chill seperti kata orang Bota kiri.Semua pemain-pemain yang mewakili Kyushuteam turun dengan semangat ingin
Perlawanan dimulakan dengan rasa gusar-gulana kerana tonggak pasukan iaitu en.nasri-messi dikatakan tersekat di terowong-terowong berhampiran ,ada juga melaporkan die salah flight. Tetapi rasa gusar itu terus hilang bila melihat kelibat beliau yang membawa beg sandang belakang yang kelihatan lebih besar dari tuannya itu muncul secara total.Setelah menerima tepukan gemuruh para peminat, beliau disuruh duduk je kat tepi padang ."sape pulak kate nak kasik ang men?" ujar manager pasukan matnget yang nampak lembut tetapi bergaye. Perlawanan pembukaan diakhiri dengan keputusan seri 1-1 jaringan syeikh apai dimana dikatakan tektikal manager Kyushuteam en.Khairi tidak menjadi.Ramai berpendapat yang teorhem phitagoras yang diaplikasikan beliau kurang berkesan. "sori la geng, aku borak dengan hatta tadi pasal kalkulus,aku tak usha sangat game korang, tapi well done la.. i`m impress" ujar en khairi bersahaja sambil menelan pisang tajaan.
Permainan disambung dengan semangat juang yang masih tinggi tetapi goyah-goyah . Didahului dengan 1-0 tidak mematahkan semangat para pemain kyushu.Hasil persefahaman yang tinggi oleh para pemain hadapan kami dan permainan 1-2-3-4(brape banyak pass daa) yang cantik dari kombinasi bintang tengah en rezashapel dan fadlilhafeez ,en.Mamu berjaya meledak gawang lawan setelah menyambar hantaran sape tah. Ianya satu gol yang cantik hampir mirip kepada gol didier drogba
1.matmin tidak mampu menyembunyikan lagi kisah perutnya yang comel dari khalayak umum.
2.messi yang digembar-gemburlan mampu membawa cabaran kyushu jauh, hanya indah khabar dari rupa,tetapi usahanya patut diberikan kredit.
3.En.khairi dijangka mampu memberi saingan kepada en. hatta dari segi akademikal menurut penganalisis akademik kyushuteam, en.aizat.
4.En farouk mengalami masalah obesiti yang tidak keterlaluan tetapi body mass index (BMI)nya diragui
5. ijat geli-geli masih seperti dahulu-> geli-geli.Tiada perubahan disini
6. Ade yang mendapat kebahagiaan di hiroshima (ade sape sape-sape terase tak?)
7. odyssey tidak mampu mengejar estima 2006- ini fakta tiada bantahan
8. skandal-skandal dan gossip panas berjaya di revealkan di sini
9. apai tak pegi IPIJ, memang kene bahan la die lepas neh
10. makan telur boleh menyebabkan anda mampu membeli Honda Integra DC5 .
11.Pembesaran- kata kunci untuk hampir semua pelajar AAJ ke 24.(tidak diaplikasikan kepada en matnget).
12.terowong tidak elok bagi menerima signal panggilan dari New zealand.
dibawah ada sedikit gambar untuk tatapan umum - ikhsan reuters
kredit untuk ahli kyushuTeam kyushu:matnget,ijat(c),amir,fahmi,gandhi,neng,mamu,oyabun,aisa,labregas,matmin,apai,reza,padori,kuyu
exmanager kahiri-tensai, aizat dan semua pasukan penyokong.
7 comments:
sedap la ko dpt minum air tebu
thank you la wei, best gak golden week aku kali nih, pasni kalo ade taikai nnt roger la, tggl tahun depan jela, 2 tahun lg tggl aku sorg je
kumamoto pun merimbun tumbuhan hijau..hahaha
totti - sedap la gak ...manisss hahahaha
semir- tuh aa sek dok yokohama men bola poket je mane nak maju , taon depan pon yoroshiku
adzuan - ahh silap aa taon depan aku datang ehime tgk macamane hijau merimbun segar ke tak
ye la nnt aku berlatih lagi...
lompat2 ni l;a besh2
adussss
da lame xminum air tebu
apa pasal aku tengok tarikh publish 5 jun...kat sna dah bulan jun kah? malaysia masih dlm may lg...hehehehe
Post a Comment