Tuesday, August 24, 2010

hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, arineh panas doh~

nengajo1

Sebagai seorang pekerja sambilan berhati kaca, selain perlu bersemangat kental untuk bangun pade pukul 4 pagi setiap hari ,kau juge perlulah berbadan sasa enam petak dan mampu menahan kejicaci maki puak pengurusan .Muke hensem macam ak adelah bonos di mane makcik2menopos di sini suke sungguh bekerja dengan ak , aku syak muke ak memang sesuai jadik "anak ikan" ...rasenyela. Jadik kau orang memang jarang dapat tengok ak miss subuh prayer pasal dalam sebulan paling lambat ak bangun adelah sekitar 4:23 pagi .ini cerita lain .pengetahuan tambahan :ilmu aerodynamics dan thermo memang tak dipadang sangat kat tempat neh.hairan gua.

Selain kuat bergossip dan bermegah -megah dengan kerjaya anak2 mereka , makcik makcik ini juga rajin bekerja dan menganggap kerjaya seorang pembuat bento adelah sangat art. Jadik kalau kau letak ayam goreng senget 2.3cm pon lu bleh kene keji sepanjang waktu bekerje pade hari itu.Oh ak lupe, ak part time buat bento.Kami membekalkan makanan ke tabika2 kemas dan syarikat syarikat picisan di serata kumamoto .Di sini,selalunye untuk bento tabika kemas,akan ade je kanak-kanak yang akan alergik takleh makan ayam la ,telur la ,itik gantung la ,lipas ,mentibang,biawak pasir dan taugeh rebus.Jadik kami terpakse menggantikan makanan itu kepade makanan lain kalau kanak-kanak gedik neh wujud.Cukup menjengkelkan jiwe.Tapi ,hari yang minggu lepas ak terdengar perbualan fakta yang kau orang tak mungkin dengar dekat mane-mane kelas ekonomi jepun atau dalam anime naruto.

penolongbos : bos besar... arineh makanan tabika kemas neh..ade berape orang alergik?

bos : arineh kan menu utame vavik, mane ade kanak2 alergik

penolong bos : eh aah ye tak ye jugak

matneng(monolog): aah ye la tuh.. patut la dalam air teh susu pon nak letak pati vavik ....wadefak

fakta nipponism:dalam banyak -banyak makanan kat donia neh , kanak-kanak tabika jepun hanye tak alergik ngan vavik je , berbulu betol hati gua,wat de eff lah woii

*bento =bekanalan makanan,nasik bungkus, tapau ,take away bang!
*gua tak pegang vavik ,gua keje besyarat ,smayang subuh dibenarkan di kilang ini.gaji gua ciput
*dunia otak gua sekarang penuh dengan perkataan airport,murtabak ayam dan 125zR je


negajo3

nengajo2

nengajo3

negajo4

Bulan sepuloh neh satu-satunye senpai ak nak kawin dah ,terkilan betul hati ak tak dapat pegi .Ak bukan macam kau orang yang banyak senpai sampai tak larat nak pegidorang kawin sampai ucapan epi kawen je kat laman sosial. Takpe la nak buat camane takde rejeki.Macam kene tunggu tsumetai no .2 la kawin cani ..dengar citer die nak jadik arkitek,nk buat cerucuk masjid katenye .betul ke mr.efron nak jadik arkitek? ik3
Kau orang wish la cik Liyana safra dan Abe niqman Albali di sini punya web .Lepas neh kau orang kene panggil die puan plak haha .Otsukaresan Senpai .!


26783_338156561316_707696316_3708217_4386341_n

ello! ello! tahukah anda ade orang rindu ke anda?

Thursday, August 12, 2010

Cuba bernafas Ralat itu normal

hari-hari pon apdate blog, terase loser plak, ini la jadiknye kalau kene pakse cuti baito esok. BOSS ,kau kedekut aa.

malamdingin2

kalau kat tanah melayu mesti la makan2 kat kedai mamak baru la nampak mudamudi. yang true (ini ap punye ayat da..)

genre : seram ganas
lokasi : restoran kayu
klasifikasi : 18sx

kawan2 : mamak, kari ni rasa semacam je.kari smlm ke macha?

mamak : dey, you kalu mau kari hari ni, you dtg esok la.

member2 tepuk dahi

malamdingin4

malamdingin3

malam dingin5

"Ku mahu kau tahu ,Engkaulah, destinasiku Dalam ingatanku... oh oh oh.."
situasi -bunkface


Wednesday, August 11, 2010

kupu-kupu malam

apdate blog sehari due kali, hidup memang takde arah tuju betul


matneng



selamat berpuasa kepada semua orang2 tersayang sahabat handai dan taulan. Janji Allah itu pasti!



Tuesday, August 10, 2010

Ambang Asuhan Jepun - kisah hitamputih

anggur2

ini cerita adaptasi,bukan cerita sendiri.tapi kisah ini benar
2 berlaku

Ambang asuhan jepun adelah salah sebuah institusi pengajian khas di sekitar abdullah hukum dan kerinchi di mana remaja2 yang pandai, menaiktarafkan diri kepada lebih pandai dengan menjadi trilingual dan remaja2 yang kurang pandai macam gua dan kroni2 menjahanamkan sedikit duit kerajaan di dalam limpahan lampu liplap ibukota . Sekolah ini yang berpengetuakan orang jepun sendiri dan cikgu-cikginya campur2 jepun,melayu,jepun kawin melayu pon ada dan juga kakak lab yang seksi.Rata-rata remaja2 yang berperangai habis-bulan-habis-skoler ini, mampu berbual bicara dalam bahasa jepun tak kiralah samada yang bertaraf "eh saye ingatkan awak orang jepun " atau taraf " kau usha rambut perang minah tuh....rambut nihonggo syal~" . (patutnye rambut nihonin).Tapi tak kiralah taraf mana pon mereka itu,kelebihan ini menyebabkan ego mereka dinaiktarafkan kepada taraf super kerek-teruk-teruk.Mangsa mereka pastilah murid-murid pusat asasi yang rata-ratanya cantik,seksi dan berketerampilan diri .ini cerita lain.
Walaupon demikian mereka bukanlah pandai mane pon.kerek je lebih,mereka tetap seperti manusia normal,kentut depan umum dan beli roti boy di mid valley.lihat perbualan di bawah


murid1 : eh murid toy,jom isap okok
murid2 : jom jom,isap kat bangunan atas aaa, nanti tak kene syak budak AAJ, takla kantol.mak bapak pon tak segan mengaku anak.
murid 1 : betul gak ,kang kene bahan pulak dalam bilik guru tuh.malu malaysia

situasi dalam tandas jadik serm bile pengetua AAJ masuk dalam tandas.muke murid-murid jadik waner pelangi,senggugut teruk .

pengetuaAAJ : あなたたちは AAJ の学生ですか (kamu semua budak budak AAJ ke?).anatatachiwa aaj no gakusei desuka
murid 1: いいえ違います (eh bukanlah,salah orang neh ). iie chigaimas
murid 2: tepuk kepala sambil gigit-gigit ujung spek.

tengok, bukan semua murid AAJ tuh pandai eh.oiii ak rindu nak puase kat AAJ.nak g beli A&W woiiii. selamat berpuasa kepada mahkluk-mahkluk di luar sane.dah dah la tuh jadik jahat woii rakan-rakan , moh berenti jadik baik sat .

* hanya budakbudak AAJ je yang mampu berbahasa jepun di kawasan terbabit
*murid toy adelah name samaran, bukan name sebenar.
*rata-rata pelajar AAJ mampu berbicara dalam bahasa melayu, inggeris dan jepun.juga loghat pekat negeri masing-masing dan juga bahasa sms (ini memang cilake).

anggur3

angggur6

anggur7

anggur12

anggur8



"Hai orang-orang beriman! Puasa diwajibkan atasmu sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelummu, agar kamu menjadi orang yang bertakwa" (QS. al-Baqarah/2: 183).
*kredit kepada
ahmad ridzuan - cerita asal
syazwan saleem- 50mm nikkor lense




anggur13
kau orang penah tengok joe flizzow?Ak dengar die ade kat kumamoto ik3

p/s: cik awak , sile jage diri leklok di sana ya,bertahan dan terus bertahan! selamat berpuasa kepada awak.Tahun depan boleh raya kat tanah melayu pulak.takmo sedih 2
rindu.

Sunday, August 8, 2010

anak mak dah besar dah -ini entry jiwang

debunge2

nurse rogayah : puan,anak puan neh... tak cukup bulan neh , kite sumbat die dalam inkubatur lah puan eh , nanti kang kene influenza A kang ,kembang pulak lubang idung die.

mak penulis : aa letak lah,buat ape-ape yang patut kang dah besar kang die jadik taf jugak ( mak ak bersahaja, lagak primadona melayu tulen 80-an ,cermin matabesar sanggul tinggi beb).

nurse rogayah : aa okehlah macam tuh, saye pon nak pegi beratur amek daging korban kat bawah tu,doktor pelatih dah tarik tarik rambut berebut dah. Btw anak puan comel la.

*ape neraka kakak tuh cakap "btw", ini cerita zaman 90an.

perbualan neh berlaku sekitar 6ogos, petang suam ,23 tahun yang lalu. Ak syak mak ak ade elmu telek naseb.Macamane die bleh tau badan ak akan ade sikpek badan ketul ketul lepas 23 tahun.Ke memang hidup ak dah diaturkan untuk ade badan ketak sane ketak sini? persoalan sungguh.Ak rase sebab ak duduk lame dalam inkubator, ade lampu liplap sane liplap sini menyebabkan keinginan ak mengambil gambar bercahaya tersemat kemas di dada sejak kecil. cerita lain. pengajarannye, semalam ak ke istana kumamoto untuk amek gambar debunga api.
sejak semalam jugak minat mendalam terhadap bunga api jatuh macam harga setong minyak mentah dunia.
wadefak semalam jugak tripod ak nak buat2 patah.angan gua gegar beb .Umur dah 23 ,tangan mesti osteoperosis,gegar satu badan beb.gambar bunge api tunggang tebalik."sori la pakcik, bukan sengaje saye pijak kepala bini mude pakcik" gelap bai!


debunge4

debunge9

debunge3

debunge11

debunge15



terima kasih kepada semua yang mengucapkan hari kelahiran ak, ak taktau nak balas ape tapi ak tahu ,ade kamu semua ,dunia ini akan jadik bewarna !terima kasih dunia~

debunge10
"ini moment pembalasan kepada video manis awak,ini gambar bunga api tulen tahu"

kalau awak tunjuk kepada dunia, saya tunjuk kepada semesta perasaan ini
" terima kasih si manis"