Saturday, October 25, 2008
aku tidak gei
Yah aku gembire hari ini sampai aku angkat basikal dari sekolah sampai rumah aku! Baru sahaje mengambil repeat paper(ye aku bodo ,kamu diam) untuk paper 熱力学(thermodynamic) dan bile aku mengujakan paper itu kepade che`gu, die mengangguk sambil berkata "ini lulus ini"-terjemahan terus dari bahasa jepun ,girang. Takde kene mengene pon dengan tajuk entry kali ini .Kamu tanye kenape tajuk entry begitu? Bagus, aku tgh nak menjawab la neh biarkan iklan berlalu dulu.Iklan.
Sejak fungsi kaki aku mencapai tahap maksimum semula ,aku gemar merayau-rayau, tapi merayau-rayau di laman jejaring sahaje (mungkin sebab itu angka 70kg itu stabil dan tidak lagi mahu menurun ?mungkin...).Aku gemar menjelajah dari satu laman blog ke laman blog kebelakangan ini dan hasilnya aku dapati pasti ade isu ini -->'cinta' untuk hampir setiap laman blog terbabit!yaa semuanya !paling tidak pon mungkin ade tempias tajuk ini dalam artikel -artikel yang dilampirkan. Aku juge penah jatuh cinte,bukan skali,tapi 4 kali ( aku juge jatuh cinte pade jeniffer aniston dan hilarie burton tahu!).Ya aku tahu jeniffer aniston itu tue tapi die cantik!Lembu pakai skirt juge cantik ! kate flip seorang supervisor@torrentmalaya(kredit pade beliau).Tapi jangan tanye bagaimane rasenye bercinte, aku mmg cukup lembu untuk soklan itu pasal aku hanye jatuh cinte, bukan bercinte ok!Cube tanye pade diloz atau mattoy kerane kedua-duanya merupakan oldtimer dalam bidang ini ( peqahbudakbaik juge mungkin?),otai - otai itu cukup jiwang karat pokok kelapa.Hanya yang aku tahu mase jatuh cinte mesti lagu-lagu berentak perlahan seperti lifehouse,vertical horizon,hoobstank dan juge peterpan menjadi pilihan utama bukan? (juge merupakan antare band feveret aku tapi aku tidak jiwang ok!).Aku terjumpe satu laman blog yang memaparkan puisi@syair@sajak@pantun kerat(apa-apa sahajalah) ini.Bersahaja tetapi melankolik . sile bace ini
Awak
hari ni awak Nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi u can always count on me
Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat x Nampak
Padahal nak elak dari pengsan
Awak
Hari ni awak dtg kelas saya
Tapi saya buat bodoh je
Padahal bumi ni rasa macam dh Tak cukup gravity
Awak
Hari ni awak nmpak comel Semua org puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati
Awak
Ari ni sy senyum kat awk
Tapi awk jalan depan saya
Jadik senyum pun x guna
Awak
Hari ni awak tegur sy
Tapi sy buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada x bley berhenti borak
Awak
hari ni sy tegur awak
Tapi sy tegur awak dalam hati
Jd awak x pernah dengar all the gud lucks and take care hari-hari
Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler Padahal x smpai sedepa
Awak
Hari ni awak beratur belakang sy
Tapi sy x tau nak ck papa Jadi sy blah macam 2 aje
Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi sy still kat sini
Padahal dah kosong x berisi
Awak
Hari ni sy nmpak awk dr McD Tapi awak x mcm dulu lg
Jd sy terdiam sendiri
Awak
Hari ni sy dah janji..nak pergi
Tapi x tau kenapa x bleh pergi
Awak
Hari ni sy menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah x de harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri
Awak
Hari ni hari terakhir Nampak awak
Tapi awak x toleh sini Awak focus kat tv
Awak Hari ni sy tengok gmbar kita senyum
Tp gmbar tinggal gmbar Nak buang sayang, nak simpan sedih
Awak Esok antara kita ada “balai berlepas”
Esok..tiada esok untuk sy Esok juga..tiada esok untuk awk
Awak Semoga suatu hari nanti
Saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi Buat sakit hati
Awak
Sebelum pergi Hari ni..
kat sini Saya janji Semua ni untuk awak
Sebab kenal awak..anugerah terindah yang pernah sy miliki
Terima kasih awak..
Memang cukup jiwang bagi aku(sekurang -kurangnya bagi aku ,kamu si banyak songeh diam!).Macam sedang menonton one treehill season 6 pulak rasenye. Perasaan ini menandakan aku bukan gei! (aku mendengar avenged sevenfold dan sum41 tahu).Apa-apa sahajalah yang penting aku sedang menunggu perlawanan bolasepak inggeris manU dan everton untuk sepak mula.Bola lebih penting daripada cinta buat mase sekarang bagi aku!
"usah gentar kukan jadi temanmu sampai mati"-bagaikan matahari,hujanband
kredit kepada sumber puisi ini (err sajak mungkin).Maaf, memori jangke pendek aku amat lemah.
APA YANG ANDA TAHU TENTANG CINTA?SILE KOMEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
tak payah la nak cover kisah-kisah romantis sewaktu kau di sekolah menengah satu jenis jantina (SMSJJ?) satu masa dahulu.
aku tahu semua.kau jeling roomate kau tukar baju,
kau suka tengok junior kau tergedik-gedik sokong kau
ketika kau menjaringkan 3 poin ketika baik bola keranjang dan berbalas surat cinta dengan jambu tanpa lurah dada.
baiklah,aku diam.
tak apa.jangan malu.first kiss aku adalah seorang lelaki.(tanpa rela)
aku bangga!
hahahaha.
haha aku bukan begitu tahu!
aku hanya suka melihat lelaki yang cantik pade waktu itu tak caye tanye dmx -aku tidak gay
Kalau ko ngaku ko tidak gay, gay mana lagi aku nak percaya?
Eh, blog ko berbau bunga ros
omg diloz....haha,menyibuk kt blog org.salam.
entry cinta?hmm.....xberminat,tp btol gk ramai yg wat entry gini.
neng mmg merupakan seorg yg jiwang...gei aku tatau laa..haha
puisi kat bawah tu..kalau ko tak 気になるmsti ko x taruk~~~jeng3..maknenye ko ske..tape2 tu jiwang modern..(aku pun ske puisi tuh<--- aku jiwang!! uwaaa!!)
ps-lupe lak...
bile mase plak aku oldtimer 恋愛 nih...grrr
awak tak ghey?
alhamdulillah.
hehehhe
weyh ape kate tayah bercinta... huhu.. tapi siyesly, puisi itu sgt jewang.. rase nak curik pon ade tapi saye blom penah bercinta.. haha~postpone dulu arh~
neng bukan gay. yup, aku sokong. walaupun aku tak tahu aktiviti berbalas surat dengan juniornya di zaman sekolah dia dahulu. atau kegemarannya melihat lelaki cantik.
tapi,...
neng tak jiwang??
aku nak gelak sambil guling2 atas padang rumput - serius, tak tipu
aku tidak jiwang la....macam ciss
Aku pernah baca sajak ini. Kamu pernah menulisnya.
Tidak mungkin dejavu kerana aku ingat aku baca dalam buku kamu.
Post a Comment