Sunday, November 23, 2008

neng atau tom welling

ketinggian bukanlah satu isu

Perasaan bergelojak ingin menyentuh tetikus tanpa wayar ?rase resah gelisah pukul-orang-mati kalau tak tengok layar komputer? simptom hipertensi, hidung tersumbat mukus, telinga bergoyang-goyang secara kerap jika yahoo messenger tidak berfungsi? tumbuh bulu di perut jika berjauhan dengan papan kekunci ? Jangan risau itu semua perkara normal kepade semua yang sedang meningkat usia remaja .Itu juge terjadi kepade aku sa-kejap tadi dan hasilnye aku kene tag lagi ketika aku cube mengatasi masalah2 awal keremajaan di atas....kali ini defendan adelah cik terra mecc.sekalung budi ,kalau aku jumpe kamu di sushi pusing aku suntik pil penenang ber-pH 2.3 !

mari kite lihat kenape aku patut suntik cik terra mec dengan monosodium glutamat dan memaksa dia buat soalan fluid mechanics aku tanpa bantuan tutor despite membelanja die makan sushi pusing tadi.lihat bukti alibi di bawah :-

disebabkan dekat seminggu la gak saye tak tag org, jadi kali ni saye nak tag mereka dibawah sebb saye sgt curious nak tau rahsie2 disebalik name2 panggilan derang.. haha- athirah saufee

"wah apa neraka ini "
pasal aku sayang teman2 aku,aku buat jugalah...sambil urat2 hijau timbul di kepale dan tona muka berubah hijau pudar .Thirah kalau baju aku koyak karang, kamu ganti dengan baju yang ade bulu2 kat tengkok tuh.
mari lihat apa yang ada disebalik kehidupan seorang artis amatur

nama pasport:luqman bin ali
nama bukan betul: neng, kanibal, kamu, awak,oii bodo kau.

luqman bin ali
Ali name bapak aku takyah la tanye aku.bin pula aku kurang pasti ,cube tanye uncle google.Aku hanye menggunakan name ini untuk sesi formal+baik+ beragame+penerimaan anugerah kepujian + "eh anak sape tuh hensemlah" sahaja. Jadi selain itu, sile jangan pakai name ini untuk memanggil aku kerana name ini khas untuk situasi-situasi yang membuatkan ibubapatecinta aku bangge memberikan name ini kepade aku sahaje.

nenghensem

genre : dewasa
waktu : sekitar jam 10.00
pelakon :
protagonis -luqman bin ali (nama sebenar pade waktu itu)
antagonis -nyamouq (nama sebenar, juga pada waktu itu)
sampingan- watak 1, watak 2

cerita dimulakan dengan iringan runut bunyi dari perut-lapar-makan pagi time pelajar-pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh premier di utara semenanjung.Masing-masing sibuk melihat jam setiap selang 12 saat dan ade diantare mereka membuat muke cikgu-kalau-kau-lambat -aku terajang.
suasana tegang tetapi harmoni

nyamouq: kau comel la hari neh man
luqman: apehal? aku tak bawak duit lebih, smalam aku kene lesen dengan pelajar menengah atas .Mereka bagi 50 sen suruh beli nasi bungkus dan minta baki duit seringgit .
nyamouq: aiseh...
nyamouq: eh kau tau tak? bibir kau macam ning baizura la
luqman : ape neraka? nak kene pukul laju-laju?( sinsing lengan, tangan berketul2 urat pelangi tujuh warna timbul)
nyamouq : (gugup tetapi berlagak bersahaja sambil memutar rambut depan bergulung,berpeluh)
watak 1 : aah la cun siyott hahaha (gelak durjana)
nyamouq : ahh tak kire aku nak panggil kau ning gak (lari sambil buat muke "ahh aku dahage")
watak 2: haha aku ponn (juge lari sambil menarik seluar watak antagonis)
neng : hasilll syial....

efek :kerusi melayang, darah terpancut sane-sini, air mata seorang jantan luruh, ambulans.

begitu kisahnye.tak payah sinopsis la kot .masing- masing boleh menduga kenape neng si lelaki berwajah maskulin seperti fahrin ahmad tetapi nama secomel pian cecupak.Tapi penulis mengubah ejaan ning kepade neng supaya ciri-ciri lelaki dapat dikekalkan dan nampak lebih metroseksual seperti ariel peterpan.
*nyamouq ,seorang bintang meningkat naik bukan sahaja bakatnya tetapi beratnye.masih bujang dan suke mengaku britney spears pernah becinta dengannya sekitar awal 2001/2002

kanibal
lontaran kedalam keranjang sambil membuat muke ganas-makan-budak menyebabkan ahli pasukan bola keranjang menengah atas memberikan gelaran kepada bakat baru yang akan menyinar sesi 2002~2004 nanti ."
oiii KARRNIVALLL" luah en.KINGENGSENG

tom welling
eh takde orang panggil aku macam neh ke?eh yeke?eh merah la muke

tamat sebuah kisah klasik untuk masa depan.aku harus kembali ke kota metropolis di mana semua org berebut-rebut mencari peluang meneruskan kehidupan.perjalanan masih jauh.

nota sisipan : Aku suke menggelar orang lain sebagai kamu tapi aku memanggil cik N sebagai beby( die kate aku geli2... ciss).Aku tak kesah korang bernawaitu nak panggil aku ape, tapi jangan panggil aku sayang ya .Antilah.




macamane la orang tak panggel kau neng


kredit kepade nyamouq kerana membuatkan kehidupan aku penuh dengan rasa rendah diri dan kurang terkenal di kalangan gadis-gadis idaman. sayang kamu.

9 comments:

~thirasaufee~ said...

haha.. bagus2.. hasil kerja yg hebat.. tapi siapakah cik N?? haha.. mau tau siapa yg dipanggil beby itu.. haha

incik neng said...

yaa itu sulit! -cik N tak sukekan publisiti dan lampu limpah kamera nikon

Kenangan Lalu said...

Walopon ceritera sebenar adalah lebih rumit daripada ayat "Awak nampak comellah Man," saya maseh berbangga kerana nam aitu maseh elkat atas kamu. Terase macam sultan Melaka bagi Dato' kat Shah Rukh Khan pulak!

Wah, Neng. Kamu dilamun permainan hati? Tahniah~ Jangan lupakan anak bini di rumah sudah yer? (sambil mengendong Suparjo bin Luqman)

Laila Hanna said...

abes tu kenapa nama nyamouq adalah nyamouq sedangkan nyamuk adalah kecik dan nyamouq adalah besar?

(soalan ni mcm tade kaitan ke?)

eliza said...

incik neng, sy sangat meminati tom welling itu..
dia tiada kaitan dengan incik neng, bukan?

incik neng said...

alexalabasta a.k.a nyamouq - aku rase aku nak jatuh cinte aa....
bodo kau, takkan la name anak aku suparjo kurang-kurang mesti aku letak name anak aku zila bakarin huh!makasih ye nyamukgemuk!

valium- biase la evolusi mmg menjadikan mahkluk membesar dgn rakus.nyamuk salah satu mangse keadaan

wordcansay - kalau ade kene mengene pon ape salahnye, ape tak cukup kentang ke neng itu wawawa

Anonymous said...

bibir kau macam ning baizura ke?

ish.xde lah.diorg tipu je tu.saje nak usik-usik.kau hemsem lah.
.
.
.
.
.
(sejuk tak hati kau sekarang?)
hahahaah!

rairarirurero said...

hahaha panjang salasilah ni.post kat the times boleh?

incik neng said...

diloz : kaki mau?