Sunday, December 14, 2008

iNi kisah seriuslah

kejuruteraan mekanikal sistem tahun 2

selamat pagi dunia!
Aku baru je bangun dari tidur yang panjang setelah berhempas pulas menabur bakti kepade pasukan kejuruteraan mekanikal tahun 2 kumamoto univarsiti di siang harinya.Tak pernah aku terjaga kemudian menguap dan asap keluar ikut mulut ,memang comel lah!Kenape la mr.minyak tanah dan sekutunye boleh habis ketika aku tak mampu nak menggerakkan sebatang tubuh yang halus mulus neh.Sape pulakla yang rajin pegi bukak tingkap bilik aku neh .woiii...Boleh kene bronkitis la sejuk2 begini tahu.
Hari semalam fakulti kejuruteraan mekanikal mengadakan pestabola mekanikal di mana semua pasukan yang berasaskan kemekanikalan perlu mengambil bahagian tanpa banyak alasan stereotype seperti artis yang kene tangkap basah ketika berdua-duaan di pejabat sekitar jam 2 pagi di suatu tempat di ibukota tanah air.Maka di pagi bersuhu sekitar 5 darjah itu dapatlah dilihat pelajar-pelajar bercermin mate tebal dan berambut sikat tepi 125 darjah ke kanan dari lab-lab handalan seperti shockwave, robotic, thermodynamic, fluid machine dan lain2 bersusah payah menyepak bola (kadang2 angin ) sambil berbincang tentang masalah ekonomi. Oh aku maksudkan kenyataan tadi untuk urusetia kejohanan dan penjaga yuran penyertaan sahaja.Menyepak bola memang sangat sukar bagi mereka yang boleh mengira getaran sebuah cakera padat dalam hard disk yang kamu gunakan sekarang tanpa menggunakan kalkulator.Kalau kamu suruh mereka kira daya tujah ke hadapan ketika sepakan bebas jarak dekat nakamura shunsuke, itu barulah kepakaran mereka.Mereka yang berambut perang ,bejersi lengkap dengan pad kaki atas ke bawah dan boleh menyebabkan kamu mendapat pendarahan dalaman yang kritikal jike kamu cube2 menahan sepakan bebas jarak 25m mereka, itu yang patut kamu persoalkan "Kenape die tak masuk sekolah sukan Bukit Jalil je? Betul ke die pelajar kejuruteraan? Eh die 21 tahun?".Seribu satu tanda tanya.
Turun selaku juara bertahan musim 2007, pasukan kejuruteraan mekanikal tahun 2 memang cukup berkeyakinan tinggi .4 orang yang bangun lambat dan 3 orang yang mempunyai kecederaan akibat lumbe haram suda cukup membuktikan mereka fokus untuk kejohanan kali ini.Tambahan lagi pemain import mereka diklasifikasikan sebagai objek obesiti oleh pasukan medik kumamoto varsiti.Kurangnya kepersisan dalam sepakan dan memandang rendah kepada perkara-perkara kecil seperti watak tempelan di bahagian serangan menyebabkan trofi tahunan perlu diserahkan semula kepada pihak yang berkenaan."ala no 3 pon hebat la jugak kan,kan! "-ujar neng selaku pemain import yang didakwa mengalami berat badan berlebihan tadi dalam bahasa jepun yang kurang lancar.

kira peratus lemak di bahagian sisi kiri dan kanan entiti ini

Sebagai pelajar kejuruteraan,tidak memandang tinggi kepada perkara-perkara kecil adelah sesuatu yang agak ganjil.Hatta nak buat cupcakes pon mesti tahu banyak mana tepung jagung yang perlu digunakan dengan menggunakan mesin penimbang bukan?(eh cupcakes pakai tepung jagung ke?).Mari aku kongsi kisah tentang 'ketelitian' dari sebuah cerita realiti kehidupan.Tak perlu smslah,ini bukan program realiti sehati berdansa itu.

Sekumpulan pelajar perubatan di suatu tempat di sekitar berlin berkumpul untuk melihat seorang pensyarah yang hampir pencen melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat ..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan dengan perasaan semangat juang membara.(budak medic mesti rajin beb,baju masuk dalam punye)...

“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat dipentingkan untuk menjadi seorang doktor yang bagus seperti ini " kata pensyarah itu tunjuk tag name sendiri sambil memandang ke arah lain , yakin anggun .

“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik+hina+keji melihat mayat,mereka juga pernah manusia sekali seperti kamu semua”, katanya lantang dan tegas…sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu tanpa sedikitpon rasa ragu-ragu.

“Sekarang, cuba kamu semua pula cuba buat”, kata pensyarah itu dengan muka lu-tak-buat-gua-hentak.

Dalam suasana yang tegang dan perasaan konpom tak lulus semester ni kalau aku tak buat,mereka masih terdiam dan ragu-ragu untuk buat seperti amali tadi (rujuk perenggan 3 untuklangkah amali). Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya dan biasalah pelajar baru ,mesti la disusuli dengan rasa loya-loya dan muke putih jadik biru. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….

“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk…..

SEKARANG…..TUMPUKAN PERHATIAN….PAHAM!!!!!


Jadi ikitibar kepada semua pelajar kejuruteraan mekanikal, selisih 0.025mm semasa menggunakan mesin pemotong boleh menyebabkan projek mechanical teknikal anda mendapat tahap B sahaja ok!Sama juga dengan kehidupan duniawi, hargailah apa yang telah dilakukan oleh orang yang sayang kepada kamu kerana mereka akan lebih menyayangi diri kamu jika kamu menghargai mereka biarpon ia hanyalah sekadar ucapan "kamu sehat?"


Manusia akan sedar kepentingan sesuatu itu bila ia sudah lagi tiada



aku rindukan aku yang dulu yang boleh berlari dengan mudah tanpa bimbang masalah kekejangan otot dan lemak berkeliaran di keliling pinggang.
"RINDUKAN BOLA KERANJANGLAH"

kredit kepada darulbayan.

1 comment:

pooja said...

pemain import tersebut patut dipecat dan dihantar ke negara asal.

beb, ini bola sepak la bkan basketball. lu dribble bola pkai kaki ke pkai tgn?? patut la kalah. asyik foul memanjg. hahaha