Friday, December 5, 2008

kali ini entry ilmiah ya!

pernah menjadi siulan anak muda satu ketika dulu


Sejak akhir-akhir neh bil telefon tangan aku sangat mengagumkan.Rata-rata bernilai tak kurang 5 angka dalam nilai yen (¥).Nak kate aku telefon juliana banos,memang mustahil la pasal aku dah rejek die dulu mase die ajak aku kapel huh. aku mula merasakan mesti ade konspirasi di balik tabir pihak softbank jepun.Adekah mereka mahu meracun aku untuk bertukar kepada iPhone 2 yang menjadik kegilaan ramai ? aku kurang pasti.Lepas aku tengok melodi tadi (ape ingat rock tak tengok melodi ke?) ,aku terpanggil nak tulis entry berilmiah tentang telefon tangan pula memandangkan aku asyik menabur fakta songsang je kat sistem web dunia luas neh (eh boleh kene tahan ISA ke eh?). Kembali kepada siri melodi kegemaran cik izzatlaila tadi, seorang artis malaysia telah pon dengan cerianya menceraikan isterinye dengan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas sahaja.Adeke patut tetik tuh?Inilah yang dinamakan penyalahgunaan teknologi! Tak jantan la woii.Aku cukup antilah dengan penyalahgunaan teknologi yang semacam gini, macam penyembur anti bakteria pulak rasenye huh!.Patutnya telefon tangan digunakan seperti rajah di bawah bukan?

En.niqman Albali sentiasa rasa berdekatan dengan yang tersayang biarpun di padang.

Tapi bak kata orang-orang lama "belakang parang kalau diasah lagikan tajam " (eh macam takde kene mengene lah pulak).Kamu pasti memiliki sekurang-kurangnya satu telefon bukan? Di atas adelah salah satu contoh penyalahgunaan telefon peringkat tinggi.Biar aku berikan penyalahgunaan alatan komunikasi kasta rendah dalam kelompok yang lebih kecil pula . Kita lihat sahaje penyalahgunaan alatan telekomunikasi dikalangan remaja malaysia meningkat dewasa yang menuntut di pusat-pusat pengajian awam di jepun.Contohnya, mereka menggunakan wang biasiswa penuh mereka untuk membeli telefon bimbit berjenama kau-mampu-ke-jep-mahal neh .Eh apsal aku rase ini penyalahgunaan wang biasiswa bukan penyalahgunaan telefon?.Ambil contoh lain.Membuka laman web bidaan yahoo di telefon mudah alih masing2 atau menggunakan telefon tangan untuk bermain permainan muat turun berbayar ketika sesi pembelajaran berjalan di kelas-kelas kejuruteraan yang menggunakan khidmat cikgu berpewatakan esok-aku-pencen. (bukan salah mereka,salahkan cikgu berpewatakan suram tadi ya! sokongan?) .Atau menggunakan sistem pesanan ringkas menghubungi rakan-rakan senegara yang jauh di mata di daerah yang lain(mungkin rakan sebelah seperti diloz?).Atau mungkin menggunakan telefon berkamera tinggi untuk mengambil gambar2 tak tercapai akalku ,mungkin?Atau mungkin menggunakan telefon mencari cara-cara mengatasi masalah obesiti lampau di laman2 kesihatan seperti en norazim(bukan nama sebenar)di bawah? (eh ini kesalahan ke?)

gemuk bukan satu kesalahan tahu?


Bagi pasangan muda bercinta pula,telefon adelah alatan yang kalau tiade aku-mati bagi kelompok-kelompok mereka.Telefon digunakan sebagai medium untuk menunjukkan rasa kasih sayang berterusan yang tak kunjung pudar ketika berjauhan dan pelantar untuk meluahkan ayat- ayat picisan seperti di bawah
terra mec: abang,abang sayang ayang tak? ayang sayang abang
mohd norazim : mestilah sayang ,ayang kan sayang abang
terra mec : Yeke abang sayang ke? sayang abang juge camtuh
mohd norazim : iye? sayang sangat kat ayang,ayang letak dulu eh
terra mec: sayang betul neh?ala abang la dulu
mohd norazim: sayang sungguh .ayang letak dulu la
terra mec : ala abang la letak dulu
mohd norazim: ala ayang la
athirahsaufe :abang la letak dulu
mohd norazim: woi dah aa ..lempang kang... kredet aku abes neh.
*kadang-kadang kestabilan nilai ekonomi mampu mengatasi rasa kasih sayang tahu!
notatelepontangan: watak diatas adelah imaginasi penulis sahaja hampir pasti tiada kaitan dengan realiti.


Geli kan? tak apalah kamu si jiwang di luar sana,tak perlu rasa malu pon kerana aku juge suke menggeli-geli dengan cik N seperti di atas tapi dengan ayat yang jauh kurang meleh dari yang di atas.Biasalah manusia perlukan cinta.Fu~

Banyak je lagi contoh penyalahgunaan alatan teknologi komunikasi ini jike kite luaskan skop pemerhatian kita .Tambahan pula di jepun ini hampir kesemua telefonnya menggunakan teknologi G3 paling rendah di mana teknologi 3310 takmainla-geng yang sememangya terbaik di mata peminat gejet taksub.Memang banyak yang dapat dibuat dengan gejet kecil ini di jepun dan mereka si jepunis menganggapnya sebagai keperluan bukan kehendak.Selain fungsi teks dan hubungan terus, fungsi telefon sambil lihat bulu hidung member ,pesanan barangan terus ke rumah ,sistem menjejaki suami curang,sistem pandu-arah-aku-sesat-woi-tolong ,sistem periksa baki akaun bank teman-lelaki ,perisian menonton video klip artis korea ,sistem membida barangan terpakai, perisian melihat video yang bukan-bukan juga ditawarkan.Apa-apapun,kesimpulannya kebanyakan pelajar malaysia yang menuntut di jepun jarang melakukan perkara-perkara luar tabie di atas.Aku yakin (err..kott)
Tetapi selaku pengguna telepon bimbit negara maju pernahkah kamu terfikir siapakah pelopor dan peneraju sistem telekomunikasi dunia? Pernah kamu ambil tahu? atau kamu hanya berbangga dengan fungsi dan rekabentuk telefon kamu yang wah-nipis-gile itu? Tahu ke kamu Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara kelas pertama dalam bidang telekomunikasi? Kalau tak tahu biar aku yang menulis .kamu diam bersila ya dan baca bahan ilmiah di bawah!

genre: ilmiah, sejarah telekomunikasi
klasifikasi: (U) tontonan umum
durasi : kalau tak merangkak 2 minit

Tiga negara pioneer iaitu Amerika, Britain, dan Malaysia berlumba-lumba menentukan siapa diantara mereka yang lebih dulu menggunakan teknologi canggih dengan meneliti keadaan tanah negaranya masing-masing untuk melihat siapa yang terhebat di masa yang lalu.

Disepakati penelitian dimulai dari Amerika terus Britain dan terakhir Malaysia.

Di Amerika, setelah penggalian sudah mencapai 1000 meter maka ditemukan kabel tembaga, maka pasukan Amerika dengan bangganya menyimpulkan bahwa 1500 tahun yang lalu telah dibangun jalur telefon dengan memakai kabel tembaga di Amerika.

Di Britain, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 1000 m tidak ditemukan kabel tembaga, tetapi setelah mencapai kedalaman 1500 m ditemukan serpihan kaca maka pasukan Britain tersebut dengan bangganya menyimpulkan bahwa 2500 tahun yang lalu telah dibangun jalur komunikasi dengan memakai Fiber Optik di Britain.

Dan terakhir di Malaysia, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 500 m dan 1000 m sampai seterusnya tidak ditemukan apa-apa, lalu dengan penuh bangganya, maka pasukan Malaysia menyimpulkan bahawa 5000 tahun yang lalu komunikasi di sini telah menggunakan wireless.

bangga kan? Kamu bangga tak kite rakyat malaysia? aku bangga sungguh!Kamu sekarang sudahpon membaca satu bahan ilmiah jadi sambung belajar! huh


tahukah kamu yang pantone hawk812SH dan pantone812SH pernah berada di akademi softbank yang sama sebelum mereka mule bertugas?


kredituntuk mereka : en niqman albali,en.mohd norazim (kali ini nama sebenar), en.khairul fatasha ,cik athirah saufee, cik ejat ejati,en haris dan puan wan norashikin(cane tah eja name die ) untuk semua sumber dan kejarsama.

penghargaan: softbank japan, melodi TV3,alieyah@darulbayan,padang sekolah gifu


rindu kamulah
lagu tanpa-6ixth sense ini untuk kamu ya!

13 comments:

~thirasaufee~ said...

hoi2~ ini mmg melampu.. kusangkakan entry biasa.. weyh.. ko boleyh mencetuskan perang antara aku dgn kekasih sebenar aku.. haha.. sioott~

aku takmo kene serang dengan ain azmi.. ampun paklong~ salahkan neng kurap ni.. haha

harisu sama said...

mane part ilmiah nye?
*softbank call free..xyah nk bgaduh suruh letak tepon..hehehe =p

rairarirurero said...

melodi bkn kegemaran aku.we got married mmg kegemaran ku.btw nak beli hp 812SH aku yg wrne pink?haha

ckynwan said...

wan norasikin binti wan salleh
ejaan y betul

ckynwan said...

nape ade encik, cik, n puan?
ape beza?

Achan Sinclair said...

Pernah dengar tentang santau angin? Teknik wireless terkenal sejak berkurun lamanya

incik neng said...

thirah - eleh maklong .mrh-marah suke ..cam aku tatau wahhaha

harisusama- eh takde ke? takde infrommasi ke? whahhhaa

raira87- taknak taknak wekkk...

ckyn- eh salah ke? wahahhaa,
cik -blom kawin tapi mungkin dah berpunye
puan- blom kawin tapi dah berpunye
encik- blom kawin tapi pasti kawin

achan - tuh aa pasal tuh aku kate malaysia la pelopor bidang telekomunikasi ,mane ade barrack obama santau palin sebb nak menang kan?

M N Azim said...

Oh-sungguh- entry incikneng kali ini..nasib baek si AA xtau blog ini..wkaka

apunpital said...

OI ILMIAH HAROOOm

incik neng said...

ajimgemuk : aku boleh je jadikan die tahu ni naruyou ni haha

apun: eh tak ilmiah ke entry kali neh? apsal sume ckap tak imiah? aku rase cam ilmiah je hmm..

leenmafia said...

aku pon xjmpa apa yg ilmiah nyer ha3..ampeh ja neng nih buat perang meletus ja antara 2 couple yg hangat bercintan brhati2 bkn shj di jln ry ttp dlm mnlis blog jga ha3...

M N Azim said...

ningburoi: kaki msak sweet sour mau?..=P

tictactoe said...

hahha
tegelak aku bace...cacat ah neng!
hahaaaaaha!!
len kali pjgkan bab2 drama yerr~~

paklong:sabaq naa~~ =p