Monday, February 23, 2009
mangkuk tidak bertengkat
Masuk arineh dah 5 hari aku bangun pukol 12 walaupon hari neh aku belom tido lagi.Bangge gile en.Ali dengan persembahan mampan anak lelaki teruna suntinya ini .Dengan air liur berselirat di kening ,setiap pagi aku akan ke kedai serbaneka beraltitud 1minit 23 saat dari rumah aku untuk membeli susu.Walaupon aku tau aku takkan tinggi lagik walau aku minum 2 gelen susu setiap ari , aku tetap nak beli jugak . lantak aku lah duit aku, kamu orang nak sebok apsal pulak cik kiah .
Musim cuti ramai orang balik ke kampung halaman mereka, termasuk la cik athirah saufe yang dikabarkan sedang hangat bercinta tempoh hari. Konco-konco die aku tak tahu la pulak.kalau balik, maknenye duit rakyat akan habis di pusat membeli belah ternama di sekitar ibu kota.Aku pasti dan yakin amat.
Sebenarnye aku takde bende nak tulih , aku berhenti tengokk drama kejap sebab dah naik mual pulak tengok drama cinta jepun meleleh neh....... okehlah aku suke sebenarnye.
Neh sume pengaruh Mattop a.k.a akmal kamaruddin la neh(royalti claim nanti).
後輩 (junior) aku lima orang datang .kamu orang cemburu tak?Melambung la saham aku lepas neh walaupon indeks matawang kumamoto ditutup rendah sepanjang bulan mac.(cerita lain)
Manakala
Berikut ramalan kajicuaca
1. aku suke dengan orang yang memakai pakaian kotak-kotak masa ini,aku rase mereka cute(perempuan sahaja terhad).jangan tanye lebih
2. aku sudah 70kg tanpa point.jadi jangan lawe aku dengan kapkek sedap.
3. kamera nikon sukar digunakan jike tangan gigil dan obesiti
4. aku rindu cik nur .mintak mintak die rindu juga kat aku.
sekian laporan
p/s : apsal aku rase cerite 'selamat pagi cinta' tuh macam takde motif langsung dan hampas kelapa goreng . Atau aku yang tak cukup jiwang tahap karma untuk nak memahami plot cerita tuh.
tunggang tebalik dunia...
korea here i kam!
Monday, February 16, 2009
jejaka perkasa dan dapur berminyak
Bangun seawal 10 pagi dan terpacak di hadapan kaca tv plasma untuk melihat NBA "semuabintang" di saluran tv berbayar memang Lumrah hidup seorang pemain bola keranjang terkenal. Setiap tahun aku mesti ikuti acara tahunan sukan popular yang terkenal di sekitar daerah denver dan cleveland itu.Jika terlepas, aku akan rasa seperti hidup ketika hidung tersumbat kerana demam selsema.kamu pasti tahu kan perasaan itu .Kalau tak tahu bogel lah dalam aircond di bilik kamu.
ketika mata rancak menari melihat pergerakan pergerakan tujah ke keranjang ("slam" dalam bahasa sekolah seri puteri, "dunk" dalam bahasa am bola keranjang ), pesanan ringkas bertulis hiragana bercampur kanji begini keluar di kaca screen telefon mudah alih.
流体力学第二の連絡事項:
総合成績は小テスト+中間試験+定期試験では71点です。もっと頑張ってほしいですが合格です。おめでとうございます
総合成績は小テスト+中間試験+定期試験では71点です。もっと頑張ってほしいですが合格です。おめでとうございます
aku gembira tidak terkata .exam yang sebegitu susah dan aku tak yakin aku boleh mengisi semua ruang jawapan yang ada itu ,AKU LULUS .Tanpa tak sengaja aku menoleh kepada en.labis dan dengan suara macam nasha aziz keluar kenyataan
"bai gua masak rinila walaupon bukan turn gua. gua gembira "
tanpa aku tahu harini sejarah tercipta
kamuorang heran? rasa ragu2 menebal dalam sanubari? aku tahu semua itu .Memang dah jadik persoalan umum dan ramai yang bertanya kepada aku. " kamu badan macam fahrin ahmad ,muke macam aqasha tapi terer memasak? kamu tak normal la neng ". Ayat ini dah sinonim di telinga aku .YA aku memang dilahirkan dengan bakat memasak yang tinggi .Setiap kali aku memasak mesti orang akan bertambah 2 kali
seperti biasa aku ke dapur memanaskan periuk elektrik dan beras siam kelas rendah .Bawang adik beradik dah rimas memberi isyarat untuk menari zapin di atas kuali leper.Peti ais risau bile melihat berat badan berkurangan . Ayam chuak melihat minyak panas sebab mase die hidup dulu die tak blaja ilmu kebal.Aku kasihan denagn semua kenyataan tadi tapi perut aku bukan sebuah perut yang mudah diraih simpati.tangan mule menari
Hari ini buat pertama kalinye aku gagal dalam bidang masakan untuk dua tahun kebelakanagn ini .Sayur campur aku mengeluarkan rase "tiramisu kek" , ayam masak merah aku rase "puding blueberry berlapis caramel". Bukan seperti rasa asal yang aku harapkan. Aku rase kecewa sekali sehingga aku hampir2 membuat keputusan untuk jogging keliling perumahan kos rendah berdekatan. Mungkin juge berlari lari anak lebih baik.semangat untuk menambah karipap pusing dan rojak buah aku batalkan (aku memang tak tahu buat).
adekah ini bermaksud aku perlu mule mencari pasangan hidup untuk menangani masalah ini? aku tak pasti
aku mahu membuat penggambaran vintage seperti kakak liyana safra tapi aku takde model yang memenuhi kriteria seperti model mereka .aku tiade yang vintage seperti meraka itu .yang vangla adelah.. huh!(cerita lain).
p/s : kepade dato`2 daerah masing -masing ,jangan batalkan rundingan damai kita untuk ke korea pada hujung bulan ini.aku murka nanti .
p/s : kepade dato`2 daerah masing -masing ,jangan batalkan rundingan damai kita untuk ke korea pada hujung bulan ini.aku murka nanti .
Friday, February 13, 2009
aku ,faizal tahir dan makcik kedai photostat
selamat datang cuti dunia!
akhirnya tamat sudda penyeksaan dunia.Walaupon aku tau keputusan yang bakal keluar penghujung mac nanti bakal menitiskan air mata jantan seorang perawan (erkks.... aku rase pelikla ayat neh ,kamu orang ade rase oren tak ?) tapi aku mesti
Oleh sebab aku dah lame tak menulis blog, makanya aku kehilangan idea nak menulis apa tentang .Takkan kamu orang harapkan aku tulis tentang mekanik bendalir dan penyelesaian fourier pulak ,diloz pon muak sudda (aku rase la die tidak muak pon, die macam pulun ).
Berbalik kepada tajuk di atas,aku rase faizal tahir sudda pon berjaye menembusi carta playlistnengensem sejak akhir2 neh .Bukan sebab die berani potong rambut mase AJL kali yang tempoh hari ,tapi sebab aku rase lagu sampai syurga tu sedaplah ! (ok aku mengaku aku jiwang ..sedikitlah tapi ok ?).Tapi aku rase faizal tahir pon tak seglemer aku ketika die masih lagik berani beli kuih apom kat pasar lambak dan makan Roti Boy kat mid valley sambil berdiri,gelak kuat kuat satu ketika dulu .Kenape aku rase aku glemer? citer banyak tak gune
korang tengok jela neh..abang bukan nak katela....mereka yang kate
ade ke orang search name kamu kat uncle google macam aku?takde bukan ? mungkin karpal singh, sabri yunus,che det dan inspektor sahab pernah mengalami rase berbunge seperti aku ini .Aku tahu kamu orang jeles.tak perlu pon rase yang sedemikian .takde hasil .Elok kamu bace utusan online tentang pemilihan menteri besar perak atau tengok youtube cerita emil emelda , lagik bagus.Sekurang kurangnye kamu orang takde la dapat hasil seperti ini.
ape neraka ini! melayu kite .Aku tau beliau melayu pasal beliau "cari " dalam bahase melayu moden.(terlampau ialah perkataan moden mengikut kamus dewan ,dulu takdepon perkataan terlampau ).aku tau juge mesti rakan itu rase gundah gulana kan pasal hanye ade gambar -gambar pelampau je dalam blog ini .
sekian. Aku nak basuh bilik air. Bilik air aku berbau jahanam.kalau ade mase yang dilapangkan nanti aku akan atastarikh lagi seperti cik Athirah saupee.
tiap tiap hari die atastarikh!
p/s: Aku ingin mengucapkan selamat lewat harilahir kepada cik(puan?) izzat nurlaila di atas kehidupan 21 tahun yang lepas. semoga sehat sehta selalu disamping orang-orang tersayang ...errr orang tesayang sebenarnye.
cik Nur jangan jeles.betul kami tiada hubungan sulit seperti dakwaan umum.
Subscribe to:
Posts (Atom)