Monday, February 16, 2009

jejaka perkasa dan dapur berminyak

akaku tahu aku setampan tony parker satu ketika dulu

Hari ini hari yang isnin.Aku anggap semua tahu fakta ini,aku harap .Lelaki-lelaki kolar putih kembali ke pejabat meredah kotaraya metropolitan untuk mencari sesuap nasik anak-anak . (anak2 mereka je, merekanye pula makan kentaki, baru la nampak cool dan berprofil tinggi) . Kapitalis-kapitalis sibuk mengkaji cara menjatuhkan pihak lawan masing masing sementara Polis trafik jalan bandar pula kembalii ke jalan-jalan berkepadatan sesak rajin mengurut-ngurut misa untuk kelihatan lebih garang dan seksi . Bagi aku dan rakan rakan yang baru tamat minggu peperiksaan ini pula, matahari pagi bukanlah watak kegemaran kami buat masa ini.

Bangun seawal 10 pagi dan terpacak di hadapan kaca tv plasma untuk melihat NBA "semuabintang" di saluran tv berbayar memang Lumrah hidup seorang pemain bola keranjang terkenal. Setiap tahun aku mesti ikuti acara tahunan sukan popular yang terkenal di sekitar daerah denver dan cleveland itu.Jika terlepas, aku akan rasa seperti hidup ketika hidung tersumbat kerana demam selsema.kamu pasti tahu kan perasaan itu .Kalau tak tahu bogel lah dalam aircond di bilik kamu.

ketika mata rancak menari melihat pergerakan pergerakan tujah ke keranjang ("slam" dalam bahasa sekolah seri puteri, "dunk" dalam bahasa am bola keranjang ), pesanan ringkas bertulis hiragana bercampur kanji begini keluar di kaca screen telefon mudah alih.

流体力学第二の連絡事項:
総合成績は小テスト+中間試験+定期試験では71点です。もっと頑張ってほしいですが合格です。おめでとうございます

aku gembira tidak terkata .exam yang sebegitu susah dan aku tak yakin aku boleh mengisi semua ruang jawapan yang ada itu ,AKU LULUS .Tanpa tak sengaja aku menoleh kepada en.labis dan dengan suara macam nasha aziz keluar kenyataan
"bai gua masak rinila walaupon bukan turn gua. gua gembira "
tanpa aku tahu harini sejarah tercipta

kamuorang heran? rasa ragu2 menebal dalam sanubari? aku tahu semua itu .Memang dah jadik persoalan umum dan ramai yang bertanya kepada aku. " kamu badan macam fahrin ahmad ,muke macam aqasha tapi terer memasak? kamu tak normal la neng ". Ayat ini dah sinonim di telinga aku .YA aku memang dilahirkan dengan bakat memasak yang tinggi .Setiap kali aku memasak mesti orang akan bertambah 2 kali tapi mereka tambah nasik jela, lauk selalu tak abis .....aku pon heran

seperti biasa aku ke dapur memanaskan periuk elektrik dan beras siam kelas rendah .Bawang adik beradik dah rimas memberi isyarat untuk menari zapin di atas kuali leper.Peti ais risau bile melihat berat badan berkurangan . Ayam chuak melihat minyak panas sebab mase die hidup dulu die tak blaja ilmu kebal.Aku kasihan denagn semua kenyataan tadi tapi perut aku bukan sebuah perut yang mudah diraih simpati.tangan mule menari

kelibat rumate yang kecewa ke restoran berdekatan kerana selara tidak dipenuhi

Hari ini buat pertama kalinye aku gagal dalam bidang masakan untuk dua tahun kebelakanagn ini .Sayur campur aku mengeluarkan rase "tiramisu kek" , ayam masak merah aku rase "puding blueberry berlapis caramel". Bukan seperti rasa asal yang aku harapkan. Aku rase kecewa sekali sehingga aku hampir2 membuat keputusan untuk jogging keliling perumahan kos rendah berdekatan. Mungkin juge berlari lari anak lebih baik.semangat untuk menambah karipap pusing dan rojak buah aku batalkan (aku memang tak tahu buat).


adekah ini bermaksud aku perlu mule mencari pasangan hidup untuk menangani masalah ini? aku tak pasti


aku mahu membuat penggambaran vintage seperti kakak liyana safra tapi aku takde model yang memenuhi kriteria seperti model mereka .aku tiade yang vintage seperti meraka itu .yang vangla adelah.. huh!(cerita lain).


ini baru vintage

p/s : kepade dato`2 daerah masing -masing ,jangan batalkan rundingan damai kita untuk ke korea pada hujung bulan ini.aku murka nanti .

10 comments:

Unknown said...

合格おめでとう!!=)

~thirasaufee~ said...

bukankah patutnye tajuknye jejake pendek berperang didapur?? haha..

ampun neng.. ampunn.. heheh

Unknown said...

neng masak? *pitamm

eliza said...

wah tiba2 perut aku berdendang di tgh2 pagi buta ini...:p

incik neng said...

faezah : あざす! kapkek kapkek

thirah : wahhhhh ini komen berbentuk serangan wahahaha

aqila : jeles aaa tuh ..aku masak tapi aku tak skodeng tau

eliza : kan kan ..aku dah cakap aa mmg kalu aku mask org akan memleh air liur...pastu bile dah makan meleleh air mate ..ngaaa

iLy@s isM@iL said...

neng mana 1sbnarnya ko nk jiman ni...shiken goukaku ke atau msakan ko...oo lupa 1lg ciri2 roommate baik tlg msak...

Liyana Safra Zaabar said...

arap aku tkdek je,kalau tk kene blanje sairo open table la..heh,tinggi nyer bukan stakat goukaku tu,B tuh.ke A kumadai?huhuhu..neway,omedeto neng can,wek wek

Cikuniz said...

haha mcm bese post ko kali ni mmg ak kagumi..penuh ng kata2 ajaib, yang x dpt dipikirkan oleh manusia biase..haha..

well, congrats for ur exam..
...
...
...dan jugak masakan ajaib ko tu..haha

tictactoe said...

malas nak komen...aku buat komen gabungan ayat sumorang di atas..hahaha



tp ak nak tambah:are?! pegi korea?? sejak becinte2 ni

pooja said...

ak pon terkezut.

korea? neng? korea?
itu lah, banyak sgt makan sayur berperisa 'tiramisu kek'.