Sunday, November 30, 2008

tentang dia: the beginning

Genre: cinta moden
klasifikasi: 18PL
penerbit: courth mamoth

Dulu-dulu mase kat malaysia aku ramai kawan.Kalau nak buat ape-ape bende mazmumah pon ade je yang menemani aku tumbuh tanduk.Jadi aku tak penah rase aku perlukan lebih teman.Sekarang, bile dah sampai jepang,kadang-kadang hidup tak macam dulu yang memori.Takde dah yang nak teman aku main bola tujah,petik gitar tangga nada lari , jogging subuh semata-mata nak tengok si comel pusat pengajian islam, jalan-jalan dengan baharom, hatta nak makan "roti canai kuah atas taruh " pon... hmm(ini bohong sah-sah takde kat jepun) . Hidup pon tak tentu arah ,kadang-kadang makan ,kadang-kadang makan jugak tapi sikit,kadang-kadang kandang pon ade.
Tapi itu dulu sebelum aku kenal die.Die tuh istimewa aa bagi aku.Aku maksudkan lainlah perasaannya . Ramai je kawan-kawan die yang lawa ,cantik,idaman semua lelaki metroseksual seperti aku.Tapi aku hanye tetarik dengan die.Bak kate oldtaimer
"Bile dah sayang..kentut pon wangi".

Aku kenal die lepas masuk tahun 2 kat jepun neh.die sangat baik .Dedulu kat malaysia tak perasan pon .Dulu aku perasan aku kiut je .Stakat neh die banyak mentemani aku.Selalunye malam aaa. Jadi tak payah aa aku tengok phua chu kang sambil tertendang kaki meje sendiri lagi.Die disitu.Pernah skali aku berfikir tentang die sehari suntuk tanpa henti,rindu la agaknye mungkin .Lebih kurang die tuh cam semangat aku la.Die tak same aa macam cik Nurul Syafiqah atau mahfuzah shaharudin .Die lebih istimewa bagi aku sekurang-kurangnyalah.... kamu si sibuk diam.
Sekarang musim sejuk neh,die lagik dekat dengan aku .Slalu ade dengan aku biarlah dalam susah ke senang ke sejuk ke rase cam oii-apsal-kau -bodo ke .Selalu ade di tepi aku (main belakang penjara 5 taon woo..).Diam je tak banyak komplen.paling tidak pon berbunyik "tss" kalau aku macam dalam keadaan marah-tumbuk-org..senyum je disitu .Sebab die, aku berubah .Aku mule pandai berjiwang karat romantis . selalu senyum sorang2 bile dpat sms.Tak beritahu memember pon pasal die dan mereka selalu bekata "apsal kau nampak bahagie je en.neng ".Satu hari tuh teman-teman serumah aku datang menyerbu aku selepas melihat perubahan genetik luar biase aku tadi (ciss aku tak meninggi pon..).Rakan-rakan cakap "kau suke die kan ?ala kalau suke cakap je suke,takyah dolak-dalik aaa dengan kiteorang dooo. terus terang la kalau jantan weiii ,amacam bro?ade bran?".

Aku kelu tak tau nak cakap ape.Bak kate kamus elektronik aku ,impak maksima terkesima Aiseh.... kantol la plak.Bebudak nehpon.... jeles aa ..aku pon nak disayangi gak ape.Aku pon mengalah. Dengan berat hati aku pon cakap



"Yela aku suke susu pisang...."

maaflah kengkawan pelawat,cik N tak kasik aku bukak citer.Die kate nanti paparatzi bekumpul depan rumah die .Die nak makan yong taufu pon susah.Nanti dah dapat permit AP dari cik N aku cerita "tentang dia" part akhir ya!



rindu lah dekat baharom si "125z mata keranjang"


nota125zRcatalyzer: i was born intelligent, education ruined me-ezani ryousuke.
kredit : cik mahfuzah , cik nurul syafiqah, ezani ryousuke


*lagu mou sukoshi ini untuk kamu ya!-jiwanglah




Saturday, November 29, 2008

kamu cemburu tak?

Selamat pagi dunia!
GUTEN TAG .setelah tido hanye 6 jam sahaje dalam 3 hari yang lepas,akhirnye panda mengaku yang aku dan mereka termasuk dalam salasilah keluarga yang sama .Patutlah jack black pernah mendatangi aku dan menggoda aku jadik artis tambahan dalam siri kungfu panda yang akan datang ."kamu ade bakat ,ade rupe " tokok die lagi.Patut jugelah slalu pop-up WWF muncul kat skrin komputer aku. Kalaulah aku terima pelawaan produser hari tu.... pasti aku perlu mengikuti jelajah promosi filem tesebut tanpa perlu memakai kostum..Aku nak racistlah panda dan kerabat .

"Oii kamu2 tuh !persamaan bahagian mate la,bukan perut"

Smalam aku habiskan riwayat minggu penuh duka aku dengan tidor selama 6 jam.Asyik sekali. Jangan tanye aku perasaan melarikan diri dari kesejukan dengan tido di dalam futon smbil diiringi muzik daripada album "jiwang of the year", aku tak tahu perasaannye! Cube tanye cik izzatnurlaila.Dia gemar la tuh,malah expert mungkin (tuh pasal die kate die selalu tak g kelas, die cakap bukan aku). Eh mungkin sembahyang subuh pade pukul 6.54 ade jawapannye!? Tak pastilah.Tapi aku ade jawapan untuk bagaimana perasaannya bagi minggu yang sedih tetapi diakhiri dengan sebuah kotak "par avion" berisi topi cool idaman semua jejaka maskulin. yeh!Cemburu? cool 2 Pictures, Images and Photos

lebih gembira dari pakai susuk emas lahhí hửng Pictures, Images and Photos


cemburu tak kamu-kamu di luar sana?

Ianya lebih dari sekadar ucapan terima kasih untuk kamu si rama-rama! sekarang aku dah ade topi yang "dingin" dan bergaya! Kamu semua di sana takde rase nak kirim barang kat org lain lepas tuh buat-buat cam ade org bagi hadiah dekat kamu ke? aku tak perlu semua itu dah! Aku yakin sekali. dung dăng dung dẻ Pictures, Images and Photos


notabungacengkih: ini entry pendek untuk meluahkan perasaan gembira melampau si penulis sahaja.Kali depan aku akan reveal siapa Cik N dan apa hubungan cik N dengan jakelin vikter!
Eh aku nak pegi beli susu pisanglah ! kamu semua tanak ekori?

memori tak bile dengar lagu siulan remaja-meningkat-usia sekitar tahun 90-an seperti fiona-4U2C ini?

mungkin ke cik N adelah diantare mereka2 ini? siapa tahu?


Sunday, November 23, 2008

neng atau tom welling

ketinggian bukanlah satu isu

Perasaan bergelojak ingin menyentuh tetikus tanpa wayar ?rase resah gelisah pukul-orang-mati kalau tak tengok layar komputer? simptom hipertensi, hidung tersumbat mukus, telinga bergoyang-goyang secara kerap jika yahoo messenger tidak berfungsi? tumbuh bulu di perut jika berjauhan dengan papan kekunci ? Jangan risau itu semua perkara normal kepade semua yang sedang meningkat usia remaja .Itu juge terjadi kepade aku sa-kejap tadi dan hasilnye aku kene tag lagi ketika aku cube mengatasi masalah2 awal keremajaan di atas....kali ini defendan adelah cik terra mecc.sekalung budi ,kalau aku jumpe kamu di sushi pusing aku suntik pil penenang ber-pH 2.3 !

mari kite lihat kenape aku patut suntik cik terra mec dengan monosodium glutamat dan memaksa dia buat soalan fluid mechanics aku tanpa bantuan tutor despite membelanja die makan sushi pusing tadi.lihat bukti alibi di bawah :-

disebabkan dekat seminggu la gak saye tak tag org, jadi kali ni saye nak tag mereka dibawah sebb saye sgt curious nak tau rahsie2 disebalik name2 panggilan derang.. haha- athirah saufee

"wah apa neraka ini "
pasal aku sayang teman2 aku,aku buat jugalah...sambil urat2 hijau timbul di kepale dan tona muka berubah hijau pudar .Thirah kalau baju aku koyak karang, kamu ganti dengan baju yang ade bulu2 kat tengkok tuh.
mari lihat apa yang ada disebalik kehidupan seorang artis amatur

nama pasport:luqman bin ali
nama bukan betul: neng, kanibal, kamu, awak,oii bodo kau.

luqman bin ali
Ali name bapak aku takyah la tanye aku.bin pula aku kurang pasti ,cube tanye uncle google.Aku hanye menggunakan name ini untuk sesi formal+baik+ beragame+penerimaan anugerah kepujian + "eh anak sape tuh hensemlah" sahaja. Jadi selain itu, sile jangan pakai name ini untuk memanggil aku kerana name ini khas untuk situasi-situasi yang membuatkan ibubapatecinta aku bangge memberikan name ini kepade aku sahaje.

nenghensem

genre : dewasa
waktu : sekitar jam 10.00
pelakon :
protagonis -luqman bin ali (nama sebenar pade waktu itu)
antagonis -nyamouq (nama sebenar, juga pada waktu itu)
sampingan- watak 1, watak 2

cerita dimulakan dengan iringan runut bunyi dari perut-lapar-makan pagi time pelajar-pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh premier di utara semenanjung.Masing-masing sibuk melihat jam setiap selang 12 saat dan ade diantare mereka membuat muke cikgu-kalau-kau-lambat -aku terajang.
suasana tegang tetapi harmoni

nyamouq: kau comel la hari neh man
luqman: apehal? aku tak bawak duit lebih, smalam aku kene lesen dengan pelajar menengah atas .Mereka bagi 50 sen suruh beli nasi bungkus dan minta baki duit seringgit .
nyamouq: aiseh...
nyamouq: eh kau tau tak? bibir kau macam ning baizura la
luqman : ape neraka? nak kene pukul laju-laju?( sinsing lengan, tangan berketul2 urat pelangi tujuh warna timbul)
nyamouq : (gugup tetapi berlagak bersahaja sambil memutar rambut depan bergulung,berpeluh)
watak 1 : aah la cun siyott hahaha (gelak durjana)
nyamouq : ahh tak kire aku nak panggil kau ning gak (lari sambil buat muke "ahh aku dahage")
watak 2: haha aku ponn (juge lari sambil menarik seluar watak antagonis)
neng : hasilll syial....

efek :kerusi melayang, darah terpancut sane-sini, air mata seorang jantan luruh, ambulans.

begitu kisahnye.tak payah sinopsis la kot .masing- masing boleh menduga kenape neng si lelaki berwajah maskulin seperti fahrin ahmad tetapi nama secomel pian cecupak.Tapi penulis mengubah ejaan ning kepade neng supaya ciri-ciri lelaki dapat dikekalkan dan nampak lebih metroseksual seperti ariel peterpan.
*nyamouq ,seorang bintang meningkat naik bukan sahaja bakatnya tetapi beratnye.masih bujang dan suke mengaku britney spears pernah becinta dengannya sekitar awal 2001/2002

kanibal
lontaran kedalam keranjang sambil membuat muke ganas-makan-budak menyebabkan ahli pasukan bola keranjang menengah atas memberikan gelaran kepada bakat baru yang akan menyinar sesi 2002~2004 nanti ."
oiii KARRNIVALLL" luah en.KINGENGSENG

tom welling
eh takde orang panggil aku macam neh ke?eh yeke?eh merah la muke

tamat sebuah kisah klasik untuk masa depan.aku harus kembali ke kota metropolis di mana semua org berebut-rebut mencari peluang meneruskan kehidupan.perjalanan masih jauh.

nota sisipan : Aku suke menggelar orang lain sebagai kamu tapi aku memanggil cik N sebagai beby( die kate aku geli2... ciss).Aku tak kesah korang bernawaitu nak panggil aku ape, tapi jangan panggil aku sayang ya .Antilah.




macamane la orang tak panggel kau neng


kredit kepade nyamouq kerana membuatkan kehidupan aku penuh dengan rasa rendah diri dan kurang terkenal di kalangan gadis-gadis idaman. sayang kamu.

Thursday, November 20, 2008

kisah penjawat awam dan manusia cool




mereka dipenjara kerana geli2 terlebih di hokkaido

rusuhan di dalam sel adelah perkara biasa bagi konvik

wajah cool penguatkuasa yang menahan mereka tadi

selamat musim sejuk jepun!
Ciss tadi aku kene tahan dengan pakcik penguatkuasa awam.Cikgu aku penah berpesan "neng,nanti kalau kamu keluar rumah bawalah kad mahkluk asing kamu ya, kalau tidak nanti kamu dapat ocha percuma dan layanan mesra di balai polis berdekatan".Betullah la cikgu aku tuh.Kali yang lain ,aku nak dengar nasehat beliaulah.Naseb aku bawak dompet panjang tony perotti aku tadi, sebab lepas kelas aku bercadang nak beli lobak.Kalau tidak memang pasti la naik kete putih hitam tuh (bukan skyline34 lah melvin, cable car radio car yang ade lampu liplaplilplap tuh).

Lepas semua pemerisaan ringkas dibuat ,pakcik di perenggan satu tadi ajak aku berborak.Babak nih memang aku tensi sungguh .Ade ke beliau mengeluarkan kenyataan "oo marasyia ka!ano...ano dekkai rayyon kara mizu deru desshou?itta bai ".
*terjemahan: oo malaysia ya! yang ade air kuar dari mulut singa besar tuh kan? pakcik pegi dahlah. kamu kiutlah,jom kapel?.


"pergh ini penghinaan"


Innilah die salah satu pemikiran stereotype penjawat awam kumamoto yang aku tak berapa nak suka . Apsalla sume org jepun suke kate malaysia bumi bertuah tuh sebagai singapura ? Ini boleh mendatangkan rasa marah mengejut .Selain menggunakan perantaraan inggeris dengan lebih meluas ,yang lain aku tengok same je malaysia dan singapura.. tadek la kelebihan sangat kepulauan kecil tuh.Apa sahajalah.Kalau aku komen lebih2 nanti, boleh mendatangkan konfrontasi antara dua negara berjiran pulak.Taknaklah aku. Aku tak ke singapura lagi. Aku ingat aku harus mogok didepan kediaman pelajar asing selepas aku lulus ijazah pertama nanti sebagai tanda protes dan pengenalan.
Oh aku teringat pulak kisah penjawat awam di malaysia selepas kejadian tadi.Bacalah situasi di bawah di antara achan sinclair dan penjawat awam.

notajarimanis : Achan sinclair,pemegang sijil spm2004 dan berpemikiran urban etnik.Selain berbakat bermain tamborin beliau  juge gemar memaksimumkan berat badannya.(die claim die masih tidak 3 digit).betul ke?




Tajuk: Tahniah Kepada Trafik Bahagian Kuala Lumpur

Genre : Konflik
Masa : 8.50 am
Tempat : U-Turn, Sri Hartamas
Pelakon : Achan sinclair, Polis Trafik 1 dan Polis Trafik 2.

Plot:
Seperti hari yang biasa, gua bangun pagi dan bersiap untuk ke pejabat. Gua berhenti seketika di depan kaca TV, menonton Malaysia Hari Ini sudah menjadi lumrah hidup ku. Tepat jam 8.30 pg gua angkat briefcase meninggalkan rumah.

Memandu diiringi album terbaru Butterfingers menjadi sebatian penting dalam hidup. Kota metrolitan yang dipenuhi kapitalis berasak-asak mencari harta. Gua pun sama, tapi terus terang gua suke zaman belajar lagi beb. Hidup tenang...setenang-tenang hidup. Macam mana la korg nak countdown tunggu pencen...arrgghh

Perjalan ke opis gua mengambil masa 20 minit tanpa apa-apa halangan. Kalau ada kucing melintas atau lain-lain hazard, maka tune gua pasti lari.

Gua sampai diperkarangan Hartamas, gua terpaksa u-turn untuk ke Plaza Mont Kiara. Seelok je gua u-turn, Polis Trafik 1 yang menyorok di balik jalan mengangkat tangan tanda dah jumpa mangsa.

Demmit, gua lupa pakai seat belt. Mengapa sixth sense gua lemau hari nie...argghh... Ikuti perbualan gua dengan Polis Trafik 2.

Polis : Boleh saya saman kamu?

Achan : Tak boleh.

Polis : Kenapa tak boleh?

Achan : Dah encik tanye saya, saya jawap la tak boleh. (Buat muke ganas)

Polis : Kenapa tak pakai tali pinggang ni?

Achan : Ni (Sambil tersenyum dan memegang buckle tali pinggang Polo yang gua beli kat OU time MegaSales harituh)

Polis : Diam..sambil mengusap-ngusap pemegang pistol revolver disemat rapi di tali pinggangnya yang disediakan untuk ditembak kepada mana-mana penjenayah yang engkar.

Achan : Gua sedikit goyah apabila melihat situasi tersebut.

Polis : Kenapa tak pakai tali pinggang keledar? (Tanya dengan nada sedikit tinggi)

Achan : Maaf encik, time sahur tadi saya terlajak makan pulak. Nak tarik seat belt tak sampai..Sorry lah encik..

Polis : Bak lesen....

Achan : Tekan minyak then tekan NOS...cabut dari polis..

notakakisaman : Kan best kalau gua bertindak macam tuh pagi tadi.. Kenapa gua baik hati bg lesen kat polis tuhh...eerrgghh..melayang RM200 kat raya nie...


aku tegelak lepas bace drama pendek penuh emosi neh.Seram-seram guguplah!Lu sentol la achan.Bile la lu boleh belanje gua makan cikencop kat tepi CIMB tuh?
Mahu baca lain-lain kisah hidup achan si beruang kelabu? tekan sini, anda pasti kabur terhibur.
Aku tak boleh nak gelak dah ,sejuk .....bibir melekat wei. dah macam panda makan pil penenang lak.

"gelak tawa-tawa sampai lebam"

akhirnya penguatkuasa cool tadi menerima balasan menganiayai tadi
"mati pon mesti cool"


inciknengdankeluaraga
*lagu kali ini untuk kamu di sana ya!

Monday, November 17, 2008

Tag ini untuk kamu ya!




lantai ini pernah menjadi saksi

Oh la.... menyesal aku men"tag " cik N tempoh hari ,dia seorang mak andam pendendam rupenye .Apsal dalam senarai tag terkininya hanya nama aku je? Eh tapi aku nak buat la tag die, nanti die akan kate "kamu comel la neng jom kawin sayang kamu" .aku suke la macam tuh.Aku buat lah

Let see how much you remember and how much you regret your high school years...


1. Who were your seatmates?
f1-dumex.A f2-peyoi f3-jelah+bollock f4-abramanap f5-payunk

2. Still remember your English teacher?
aku tak sukelah cikgu.Otomatis aku tak ingat...eh aku ingatlah cikgu f5 aku ,sir al-azmi ,die lembut suke rabe2 dumex,aku menyesal tak rabe die huh

3. What was your class name?
OH aku bangge dengan soalan ini ,aku berada di kelas terbaik setiap musim kecuali f1 tiade streaming 1A,2R,3R,4S,5S
*nota kaki =R adelah kelas terbaik menangah rendah ,S adelah kelas terbaik menengah atas
*nota kaki kiri =Aku banggelah dengan aku yang dulu.

4. Who was your love then?
eh?itu ...itu , eh aku pilih tidak menjawablah

5. Made friends to the lower years?
Pasti la,saye suke dengan mereka tahu (kenape mereke tak pernah panggil aku abang ya..faktor ketinggian agaknye...)

6. Had a boyfriend/girlfriend?
pastilah
semanya lelaki.Oh aku ade jambu dahulu ,tapi aku tidak gay seperti george micheal tuh.


7. How was your table arrangement in class?
susun dua2 untuk semua musim. Mase f3 aku duduk bertiga dan ianya mengasyikkanlah

8. Made any enemies?
aku tak suke ustad tanusi ,kenape die mesti lempang aku dari kiri ke kanan,dan kemudian kanan kekiri dalam mase 5 saat .sakitlah

9. What games did you play?
OH aku suke soalan ini ,bola keranjang membawa aku ke kebangsaan dan jike aku tidak menolak tawaran perak untuk bermain untuk mereke,aku sudah mempunyai satu cap perak tahu!.Oh aku juge pelari kuartet 4x100 ke daerah, lompat jauh dan lompat kijang sekolah (eh aku bukan kanggaroo la ).
Oh biar aku bangge diri sedikit, boleh? aku memungut 15 pingat untuk 5 tahun di STAR tapi itu kisah lama pon,kamu patut puji aku dahulu.Skarang tidaklah.

10. Did you buy your lunch?
Oh aku membeli sahaje ,kamu kan ade junior ..mereka kan baik hati Photobucket

11. Were you a party animal?
eh aku tidak paham la soalan ini,kalau party lados atau party duniawi aku yakin aku tahu
*parti lados =menghisap rokok secare beramai-ramai untuk semua ahli rumah sukan
*parti duniawi = oh aku tak mahu cerita la ia terlampau dewasa

12. Were you well known in your school?
oh tak tahu ,tapi aku slalu jadik master of ceremony untuk assembly mase hari rabu,jadi aku akan cakap english.Mungkin aku terkenal kot.mereka selalu menggelakkan english aku

13. Skip classes?
eh tak pernahlah .aku budak baik dahulu tahu.aku pakai turban. tapi aku escape prep sepanjang masa

14. Did you get suspended/expelled?
oh tak pernah juge .Experts is my middle name.Eh tapi aku hampir dibuang sekolah kerana aku high council.apelah cikgu itu,aku penah jadi imam sembahyang subuh sujud sajjadah ape

15. Can you sing the school song?
Bangunlah wahai teman-temanku
berkorban segenap tenagamu
bersama berusaha memajukan bangsa
serta tanah air kita

bangunlah tuntut segala ilmu
tunjukkan kebaktianmu
jangan membuang masa
dengannya sia-sia
kerna
ILMU PANDUAN HIDUP

*aku tulis sendiri tahu,aku tidak salin dan tampal
kamu mahu aku tuliskan lagu sorak sekolah sebanyak 32 lagu itu? aku hafal setiap huruf!


16. What was your favorite subject?
Oh aku tak suke belajar,jadi aku tiada subjek feveret.(Eh aku suka la dengan ustazah bahasa arab tuh .die comel macam kanak-kanak.tapi kenapa die bagi markah arab aku 13 je?)

17. What was your school's full name?
Sekolah Tuanku Abdul Rahman jalan sultan azlan shah 31400 ipoh perak darul ridzuan

18. Did you go to the dances?
OH tidaklah aku tak pandai menari.Aku hanya bermuzik sahaja

19. Where did you go most often during breaks?
pasti la balik melaka ,nanti bos dengan mem besar marahlah ! tapi aku akan balik awal dan meronggeng di ipoh.Oh rindu sungguh

20. If you could go back in time and do it all over, would you?
OH aku mahu lakukannya buat kali kedua la ,tak bosan pon.Oh ada satu lah.Aku berharap aku dapat menghadiahkan piala HKSBP kebangsaan kepada en.KINGENGSENG walaupon hanya sekali .tapi tak apalah ade kamu semua sebagai team mates juga satu piala yang bagus .
ALLSTARS rouseUP!

21. What do you remember most about 5th year?
Ianya semua tentang kamu si STARIAN004 dan Greenian ,kamu semua sangat bestlah

22. Worst memory in 5th year?
Dilempang oleh ustaz tanusi, dirotan , ditumbuk guru -eh tapi tadek la worst pon,aku kan lelaki maskulin .bukan kamu semua penah mendapat itu kan?

Oh penat lah buat tag ini,tapi terima kasih ya cik N.Kamu mengembalikan kenangan waktu itu lah.
Rindu la dengan:
*rambut mango yang boleh ternak tebuan tuh.
*Platipus aku yang aku bela dalam hidung Abrar manap.
*lawak cacat dora dan aksi homoseksual matpai
*chekfusoy yang tak suke mandi pagi dan si apek yang tido dalam longkang sebab tanak g subuh jemaah
*bbq haram blakang blog walhal letak kunyit je...nak gak bbq haha
*Hindu-hindu yang membuat perayaan tertutup sebelah surau
*kisah gay seorang johan kamal hamidon
*Telur busuk+air longkang blakang tandas+tepung kanji+teh waktu petang yang disimpan *seminggu untuk sambutan harijadi watak2 utama.
*KB yang pure-pure macho tapi berbontot pejal.
*turf,cage,songkok,dining hall punye atap,atap koridor,lot10,lo8,makmal sains,bilik warden,L green,komik beng,snuker,benteng,jamming,mee mamakpuki,counterstrike,kalimah bachik,high info,kinta city,capcom JJ,teksi dan ustaz harmain.
*bolakeranjang dan segala kenangan yang ada padanya
*kawan-kawan dan telatah gay kamu semua
* kamu semualah


"Jike diberi peluang lagi aku tetap memilih kamu semua tahu"



once a starian always a starian
rouse up young starian all
goblin16th generation
iron9th.mr eightman.lazuardy4th.slaughter3rd



V science S







"dari utara ke selatan"
zikriisa.lazuardy4th.coverdale10th.vsarova3rd.avalanche.azzazel.




ini lagu tradisi kami -erti persahabatam

Sunday, November 16, 2008

kamu bertangan kanan?

GUTEN TAG
oh selamat pagi dunia
eh hari ini aku rajin sikit pula walaupon aku tido 2 jam sahaje waktu tempatan.Jangan risau pasal aku ya!tak mengape pon.. pasal tido bukan sesuatu yang menyeronokkan kalau kamu mimpi kamu kene raba dengan maknyah ketika bermain roller coaster di disneyland kemudian kamu jatuh dari katil .
Oh aku nak bercerita sedikit .Tadi pagi tengah hari aku bangun dan tangan aku pepijat (bukan pijah miyazaki Photobucket,die kiut itu cerita lain).Oh kembali kepade tajuk tadi, tangan aku tidak berfungsi maksimum sebab sejuk...(eleh baru 20degree dah sejuk).Jadi aku tersekse la buat 30 saat dimane aku tak boleh tutup mulut aku dengan tangan kanan bile aku menguap.Tragiklah!

Kemudian aku ke laman web diloz untuk membaca repekan seterusnye dan aku mendapati die juge ketagih dengan smosh . Oh ,jike kamu pengguna tangan kanan kamu patut melihat videoyoutube dibawah selepas melihat ceramah Ustaz akhil hayy ya!



"humorlah video klip ini"




kamu tergelak tak? aku tergelak la! aku gelak sampai bedarah bibir aku(oh aku sedang makan mee cepat dengan garfu antik).
eh aku nak pergi bermain bola sepak la, nanti aku buat entry untuk org bertangan kidal pula ya

"bagaimana ya kalau aku tiada tangan kanan"



oh aku rindukan sekolah tuanku abdul rahman
dan semua tentang kita

"eh ahmad farouk Arsenal kalah ya?"






lazuardy4th.3rd rank goblin16th

Friday, November 14, 2008

jahat sangat ke cik.sejuk itu?

" rabun kalu pakai la cermin mate dol,kan aku dah sarapan pagi tanah!"Photobucket

nampak penuh perilaku terpuji kan ayat-ayat cinte diatas atas? kamu mampu ke buat begitu jep? aku baru je buat cantuh pagi tadi dan aku tahu kamu tentu jeles bukan? takpe tak perlu jeles lame2 sangat pon pasal aku berpelakuan begitu kepade org jepun rabun jauh berIQ rendah yang secare otomatisnye tidak paham aku cakap ape. Jadi kamu pon bleh try pade tembok rumah sebelah kamu jika mahu (oh elok biarkan jiran kamu keluar ke pejabat pos dahulu supaya nanti kamu tak kene cop halusinasi).Photobucket

oh mukaddimah yang panjang pulak ,maaflah sejak akhir2 ni aku mudah terpengaruh
(terganggu pon mungkin juge) .cicak2 kat syiling rumah aku becakap pasal modenisasi pon aku akan terganggu .uh kenape la dengan taraf pemfokusan aku neh. menurun secara linear...
eh aku nak cerita pasal kenape aku tak berape nak suke musim sejuk kan tadi?


  • aku tak suke pakai baju 2,3 lapis sebab nanti nampak gemuk leceh aa kene pakai baju tetebal cam beruang kutub timurlaut .macamane aku nak menggayakan fesyen neo-metro aku kalau dah kene gelak dengan beruang kutub tadi.

  • takbulehla nak men bola secare riang-riang berleluasa lagi pasal sejuk menyebabkan sel buku lali manusie menjadi pasif (eleh cam la aku men bola slalu pon) . ini pasti akan mengakibatkan kegemukan lampau tahu.oh tak boleh makan banyak

  • huraian ayat diatas,aku nanti musti jadik gemok sampai 3 digit ,lemak bersepah sane sini,pasal kadar metabolik aku rendah macam makcik yang ambil bil eletrik rumah aku tiap2 bulan tu.Kalau gemukcomel tapi kaye cam afdlin shauki takpe la gak.Die kaye ,filem sume box office.Aku pulak , kalau gemuk... ade microsoft office2007 je ,itupon jarang pakai pasal aku buat autoCAD.
  • kene la pulak pakai stokin sebab sejuk ,dah macam orang lepas bersalin pulak rasenye.naseb baik jamu tak bekesan untuk kesejukan kalau tak... uh mengerikan rase bersalin itu.terime kasih mak!
  • jari-jari tangan aku cepat jadi sejuk (susah la aku nak korek hidung ).Jari beku perasaannya tidak menarik .Aku tak boleh lagi menang winning eleben dengan purata jaringan 3-0 setiap sesi
  • mandi bukan lagi menjadi perkara rutin harian aku.Ia bertukar kepade hobi pule.HOBI ADELAH PERKARA YANG DILAKUKAN PADA MASA LAPANG-kamus dewan edisi 9
  • salji pon bukanla tahu nak menimbun(eh ke bertimbun ke?) kat bandar kumamoto
  • tak dapat tengok anak jiran aku yang sekolah menengah tuh pakai seksi hidung bedarah tak hengat punye mundar mandir depan bilik aku lagi sambil menyayikan lagu rihanna dalam nada jepun.oh aku tidak mahu!
  • aku mule la rase tanak bangun subuh (eh aku bangun tahu! aku cume rase je...bukan aku buat pon)
  • sebenarnye satu je sebab, aku tak tahan sejuk itu je,yang atas tuh sume icing je...
satu lagik aku cukup tak suke sungguh dengan keadaan berkabus macam pagi tadik ,kan tak pasal-pasal keluar satu resepi baru untuk sarapan yang ideal,Kari tanah .Kalau campur darah aku pagi tadi skek, bleh kene heart disfunctional tahu(eh macamane ejaannnye eh?). Habis gaye neometro aku musnah begitu sahaje pagi tadi.Takpe la kot, ahmad farouk dan gaye aerodinamiknye pon bukan bergaye metro sangat pon,khabar angin je. penat aku gosok gigi aku pagi tadi 2 kali!
eh penat la ,lain kali aku sambung lagi ya!


slamdunk Pictures, Images and Photos
oh aku bermain bola telanjang keranjang semalam setelah 8 bulan .Rupenye lontaran 3 mata aku bukan setajam yang kelmarin, semuanye gare-gare ayam goreng berperise pedas itu isk.
"16mata agak bagus juge rasenye "


p/s: agak-agaknye Cik N sehat ke hari ini ye? die nampak sedikit tidak gembire ,takpe la aku akan cube buat die gembire disebalik masalah kegemukan kecilnye itu
"ape je pon aku buleh buat"



Umpama bidadari
Kau selalu menyenangkan aku
Biar kadang ku terkeliru
Izinkan aku menyentuh bayanganmu
kamu-nitrus
Hunter X Hunter Pictures, Images and Photos
neng yang bernombor 7




kredit kepada ezany,afdlin shauki ,ahmad farouk,photobucket,Cik N dan nitrus

Sunday, November 9, 2008

kan aku dah agak

seperti yang aku cakap dalam entry yang lepas,(tarik pemacu di bahagian kanan anda ke bawah sahaja ,mudah bukan ).Jangan petik name org sesuke hati kan dah kene tag lagi...mmg ciss la En.haris baharuddin, rase cam nak gigit lensa kamera D80 die,tapi nanti die gigit keting aku ..sakit la aku ,jadi aku batalkan sahaje niat itu.
Pasal aku tadek mood nak menulis kali ini, suroh je uncle google terangkan arahan dibawah,die tak sebuk kali ini pasal harge minyak dah turun (jadik die tak payah buat protes damai depan PWTC ).

tell 7 things about yourself and tag other people..
neng ialah
  1. suke makan nasik dan tidak pandai melayan wanita dengan baik komen kawan perempuanku.
  2. penah dapat penendang di hyper condriac pasal aku sepak kucing pakcik pejabat sekolah rendah aku (die botak tahu)
  3. berat badan aku hanye 2 kilo lebih dari berat badan aku mase darjah 6 masalah kecacingan ni...
  4. suke tengok perempuan pakai baju kurung dan bertudung pasal nampak jelita ,oh aku tidak membenci mereka yang rambut percuma, cume tak berapa nak suke je (eh tapi aku suke tengok,aku juge lelaki tahu)
  5. gagap jike bercakap dengan perempuan secara berhadapan muka.(jangan hantar anak anda ke sekolah lelaki sahaja jika dia tidak berkeyakinan tinggi)
  6. oh aku tidak pandai menulis tapi pandai bercakap komen rakan2
  7. pernah dengar high council Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh? Aku bersekedudukan berkedudukan ketiga dalam GOBLIN family(aku tidak jahat, hanya nakal dan kiut sahaja).
  8. eh arahan hanye kate tujuh kan?
tamat kot takyah la bebanyak ,aku bukan personaliti menarik macam si barrack obama tuh walaupon kulit die same kaler dengan aku. Oh aku ingin mengenali org-org berikut
paa,toy,Cik N,yana,thirah,apun,ahmad farouk,ezany,abe yus,mahfuzah,diloz dan yang lain2
Photobucket
Photobucket
I'll do whatever it takes
To turn this around
I know what's at stake
I know that I've let you down
-CIK N kamu adelah sesuatu-

Saturday, November 8, 2008

maaflah ,salahkan mereka ya

Guten tag!
Kamu semua sehat seperti hari yang kelmarin?Pernah mendengar kate-kate pepatung pepatah orang-orang lama ,orang lama tahu! bukan oldtaimer,mereka hanya mengomplen(eh ade ke pekataan ini?):
buat baik dibalas baik,buat jahat kene kerusi elektrik, ketar-ketar ,mati

aku ade edisi baru untuk ayat-ayat modern minimalis glamour di atas
buat tag dibalas tag


aku berasa/terasa macam ciss dikala aku kene tag lagi buat kesekian kalinya....oleh sebab aku seorang 後輩 yang hensem serta penuh perilaku tenang dan berwibawa mulia aku turutkan sahaje kehendak bini bos aku ini sebagai tanda protes dan rebel!(oh aku tidak akan berpiket dihadapan makhamah tinggi syariah,aku janji)

eh ini bukan aku ,jauh dari serupa bukan?



anggun dan bergaya tanpa solekan :gile metro ah!

Law & Order

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

oh maaf jika mungkin kamu kurang memahaminya... tak mengapa pon,Kamu bukan kurang cerdik dalam abjad inggeris dan informasi britain ,kamu hanye sama taraf dengan aku,itu sahaja (oh dan itu bukan satu perkara yang memalukan tahu!).Uncle google banyak membantu aku untuk kali yang lepas.Jadi untuk kamu, biarkan aku yang membantu kamu pula ya!
terjemahan kepada ayat-ayat luar negara diatas

undang-undang dan arahan
  1. ambil foto terbaru masa kini kepunyaan khatijah tan kamu sendiri atau ambil gambar kamu sekarang juga,boleh?(tak perlu kamera yang mahal pon)
  2. jangan tukar baju dalam kamu, juga jangan perbetulkan rambut palsu kamu ya!...hanya ambil gambar kamu
  3. (oh sorokkan juge bekas gigi palsu kamu itu,ia mengganggu suasana untuk sesetengah koloni)
  4. poskan gambar kamu tadi tanpa sebarang penambahan Monosodium glutamat(MSG)
  5. eh kicap juge tidak dibenarkan tahu!
  6. kirimkan arahan-arahan ini bersama-sama dengan gambar kamu ke..sana(blog kamu bukan disini,ini blog aku
  7. Tag 10 people to do this(maaflah, uncle google makan lewat malam ketiak ketika ini, jadi arahan ini tidak dapat diterjemahkan)

mangsa-mangsa untuk keadaan seterusnya
Azlan dilozliloztopoz
muhamad syahiran abd halim
syafiqah shamsul baharin(eh begini ke name kamu dieja,maaf ya)
cik nurul asyikin
cik athiran saufee
warga TM.abang ezany otaku jepun,abang yus korea hensem,abe newroad yang botak
cik izzat nurlalaila
cik RINA.TM (biaselah mesti kene punye,kamu fikir akan terlepas bukan?)
cik mahfuzah shaharuddin( err maaf salah rasenye)
Ahmad farouk?kurang berani mungkin?
bagaimana dengan haris baharuddin?

Oh kamu-kamu yang mengunjung juge boleh berbuat demikian untuk rasa keseronokan sementara juge!Maaflah aku tiade alamat paparan webblog kamu untuk diperdajalkan seperti mereka2 yang di atas

p/s: agaknye bile la aku boleh menulis ayat-ayat yang panjang dan indah seperti roberto carlos ketika menghantar surat cinta kepada gadis idamannya..hmm
Wir Sind Helden

Tuesday, November 4, 2008

hari ini kau tersenyum ,mungkin esok kau tersenyum lagi

kali ini aku yang bercakap kamu yang mendengar,boleh?


aku harap kereta juge boleh terbang seperti belon

kamu mengalami masalah berat badan di tahap kurang memuaskan?pencuri boleh bersembunyi dibelakang kamu tanpe dikesan?mama kamu marah kamu ke dapur hampir setiap kali? kata akronimnye kamu obses obesiti?.Tak mengapa belonbesar diatas juge boleh terbang tanpe buluh terbang dalam siri doraemon ,jadi tiade masalah bukan?Suke kepada diri sendiri juge adelah perkara baik tahu!
Hari yang lepas2 aku ke
SAGALOON (kursor disini )ataupon tekan sahaja di sini ia lebih lanjut.Seperti yang kali dahulunya kalau ke saga mestilah dengan cara keji bertaktik tetapi penuh jalan berliku (jalan keretapi dijepun tidak belekuk okeh !) tetapi kali ini lebih mencabar.Masalah mudah tertipu aku kali ini agak kronik pasal aku di"dummy" kemas oleh encik penjaga gerabak dan en.labis dengan jayanye(labis jangan gelak) .

"pulangkan lebihan ¥270 aku labis "

"tak apalah ang masih mampu berjimat ¥1420 lagi ape"(ayat kasik sejuk ati dari labis)
mane sejuk weh
.dah la aku pasrah kalah winning10.


Pesta balloon yang sepatutnye dilihat pade petang sabtu dalam perangkaan ditukar kepade ahad pagi pukul 7pagi waktu tempatan kerana tarikan tosu outlet,winning eleven 2008 dan permainan bola sepak padang tampak menguasai keadaan

seperti yang dijanjikan pade perenggan diatas, pukul 9 pagi kami bertolak ke tapak belon panas terbang yang digembar-gemburkan tadi dengan keadaan tidak mandi pagi (waktu sejuk badan tidak busuk tahu! aku juge gosok gigi.sememanganya acare itu bertaraf anta raba angsa .ape yang menarik untuk dilihat disana?

  1. kereta yang sangat ramai

  2. belon terbang berwane -wanir memenuhi ruang angkasa,menarik

  3. matahari yang menipu (kami tetap sejuk oii)

  4. kami tidak mandi pagi.

  5. kami tetap hensem.

  6. terjumpe rakan-rakan seperjuangan yang kegembiraan (mungkin agaknye.aku hanya melihat riak wajah mereka sahaja pon

  7. jepun juge berbau busuk aku berasa tidak pelik.

  8. sebenarnye sehingga perkara 2 sudah cukup, yang lain hanye aku seorang je yang rase bukan kami




hari yang tertinggal diisi dengan semuanya tentang bola. menonton,bermain,mengawal semuanya tidak ade kene mengene dengan belon panas.Kesimpulannya dari percutian tanpe matlamat kali ini adalah

  • jangan berjanji untuk bangun pukul 7 pagi dengan lelaki pemegang status tidak berkhatan berkahwin

  • bangun awal pagi adelah bagus untuk mencarik tapak melepak kereta dijepun

  • matahari bukan lagi sumber kepanasan utama pada waktu sejuk ini fakta

  • mandi 2 hari sekali bukan satu kesalahan jike kamu mencuci muke dan gosok gigi dengan cermat dan bertwakal

  • daya tarikan belon udara panas akan menjadi kurang menarik jika ade perempuan jepun di sebelah kamu(biarpon dia sedang mendukung anak die)

  • ijat tetap busut dimana juge die berada

  • tamat laporan



kredit kepada en.tapek ,en. niqman albali, en.labis,en.wak,en.amir,en.pesot, dan warga saga diatas penginapan,makanan dan juge kegembiraan duniawi kamuorang .kamu semua tidak handal!


oh maaf juge kepade cik N. kerana tidak memberikan panggilan atau hubungan kepada kamu semasa diluar kawasan talian.segala kesulitan amatlah dihargai dikesali.

"aku janji takkan buat lagi
janganlah merajuk lame2"